Rabu, 14 Disember 2011

HATI LEMBU BEREMPAH

Assalamualaiukum.....
Hari raya korban dah sebulan berlalu,tapi dagingnya masih berbaki lagi di dalam freezer.Hati lembu ni dibeli sehari sebelum hari raya korban, tapi belum diusik-usik pun.Suami dah bagi signal suruh saya masak hati lembu tu.Maklumlah, lauk kegemarannya.Saya pon sebenarnya!!..hehehe...mmm masak apa yea!! Alhamdulillah, dapat idea.Kat sini saya nak ketengahkan resepi hati lembu yang menjadi 'kegemaran' saya dan cik abang ..First time saya masak hati lembu dengan resepi ni hasil cetusan idea sendiri.Biasenya saya buat masak kicap je...Jom try!!!


HATI LEMBU BEREMPAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
600gm hati lembu |  dicelur empuk dan dipotong sederhana besar
1 labu bawang besar | hiris untuk ditumis
1 labu bawang besar | hiris  untuk ditabur
1-2 tangkai cili merah | hiris untuk ditabur
4 ulas bawang putih | tumbuk
3cm halia | tumbuk
2 sudu besar ketumbar biji | tumbuk
1 sudu besar jintan manis| tumbuk
1sudu besar jintan halus | tumbuk
Serbuk kunyit secukupnya (lebihkan yang ini)
1/2 cawan air
Sedikit bancuhan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis (Lebihkan yang ini ketika menumis)

Cara:
1.Gaulkan hirisan  hati lembu dengan kunyit, garam dan gula.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga layu dan masukkan hati lembu.Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk.Biarkan lama agar hati lembut dan sesekali dikacau agar tidak hangus.
3.Setelah itu masukkan air bersama bancuhan air asam jawa.Boleh tambah garam sekiranya adunan rasa masih belum lengkap.Tutup semula kuali dengan tudung periuk dan renehkan hati sekali lagi sehingga benar-benar empuk.Barulah bole masukkan hirisan cili besar dan bawang besar.Kacau lagi.
4.Tutup api apabila kuah telah pekat. 

 
Yang buat jadi sedap tu sebab rempah ratus yang melekat-lekat kat hati lembu ni...mmm..memang sedap ratah-ratah macam tu je.


2 ulasan :

Shiela berkata...

sedap hati lembu masak berempah tuu.. :P

Rohah berkata...

Asyik meratah macam tu je kak..dah cukup berbaloi..