Rabu, 12 Disember 2012

TALAM DURIAN



Assalamualaikum...
Kita kat sini masih bercuit rasa dengan durian.Teringin sangat makan talam durian..Bila google jumpa talam yang cantik dihasilkan oleh Nieza, yang diadaptasi resepinya dari Talam Pisang oleh Chef Hanieliza@Kak Liza..Sedap sangat kuih talam ni..Elok kenyal dan tak lembik..Harum bau durian jangan tanya lagilah kan..

Alhamdulillah, en. hubby memang penggemar kuih talam, saya pun sama juga..memang asyik nak berulangg je makan kuih2 macam ni selagi ada..

TALAM DURIAN
Sumber:Nurniezza

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan durian 
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad 
2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Panaskan loyang.Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2.Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3.Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4.Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung (saya guna 3 sudu besar)
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1.Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2.Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3.Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
4.Kukuskan lagi 20 minit.
5.Sejukkan betul2 dan potong untuk hidangkan.


14 ulasan :

Yatie berkata...

waduhhhhhh sedapnya tngk kuih talam ni, cantik plk tu...mintak sikit Rohah...terliur je..

Amie berkata...

Tengah malam datang ke sini sebab terbau durian... rupanya dia menalam ye... tapaukan setengah loyang ye Rohah he he he ehhhh

Fadzillah berkata...

Salam.... Rohah.
Sedapnya.... kuih talam durian. Baru teringat nak buat memandangkan durian masih berbaki lagi dalam peti ais. Tengah tercari-cari resepi ni. Kalau gitu bolehlah share resepinya.... ye.

Norzie hany berkata...

Akak memang suka kuih2 yang lembut2 macam ni.

norzila berkata...

oh kak rohah..dapnye nampak..lemak manis gitu..

Marsita yahya berkata...

Salam Rohah, mesti sedap kan tapi tak berani nak buat takut tak ada yang suka...Inti ketayap yang campur durian pun dok keras dalam freezer tu sbb hubby dan anak tak suka inti yang + durian.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

cantik potongan talam durian tu rohah..
akak suka je kuih mcm ni.. tp anak2 kurang sikit... kalau mkn yg yg sulung & yg bongsu.. tp setakat rasa jelah.. yg tengah lelaki tu langsung tak suka kuih2 lembik gini.. hehe.. ayahnya plak kuih2 mcm ni hanya mkn time minum ptg.. kalau utk sarapan mmg dia takleh masuk kuih2 manis... nak yg savoury jugak.. tu yg berkira2 je nak buat kuih2 talam.. hehe.. kena wt separuh adunan jelah nampaknya kan..

hazila berkata...

Ohhhh teringat durian dalam peti ais. Aduh pening memikirkan bagaimana nak habiskannya. Sedap juga buat talam macam ni tapi siapa nak tolong habiskan....

Evelyn Gemina berkata...

Wah sedap ni, kak rohah memang pakar buat kuih muih, terbaikk!!

zila norazila berkata...

sedapnya rohah..
akk dh lama x buat talam2 nie..cantik jew rohah buat tue:)

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sedapnyerr!!!!!!!!! tun teringin nk menalam, tp selalu fail la.. bila masak jadi ketul2.. mmg x ngam tangan tun ngan talam nih. tunggu orang lain buatkan, tun tukang makan je. huhu

mama sara nur berkata...

assalam rohah
eh eh macam tau je akak pun dlm kepala ni memang tgh plan nak buat talam durian he he sb durian tgh byk ni bawa dari kg
cantiklah jadinya, akak cp resepi ni je ye.
walaupun akak tak gemar kuih berasakan durian tp nak jg buat boleh org lain makan he he

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..saya suke kuih talam tak kira apa jenis talam...Talam durian ni pasti sedapppp kan....

Nuwairani Ismail berkata...

kemas je potongan talam ni. advance betol akak.orang lain baru merangkak buat durian crepe, dia siap buat talam dah...