Ahad, 9 Disember 2012

LEMPENG PANDAN & SERAWA DURIAN


Assalamualaikum..
Masih berkisahkan durian..sampaikan bau peti sejuk lekat dengan bau durian..hmmm.Tapi bagai tak jemu nak godek2 resepi berlatarkan durian..Orang lain saya tak tahulah..Saya memang ambik peluang dengan musimnya raja buah ni.Sebab kalau tak musimnya, nak makan serawa durian cicah lempeng macam ni pun susah kan..

Kali ni memang menu biase2 je..Semua orang boleh buat punya..tapi saje nak kongsi di sini.Mungkin lain orang, lain cara, lain sukatan dan lain hasilnya..Apa tunggu lagi kan??Serbu lempeng ni...Walaupun sekadar lempeng, tetap kemaruk juga time menjamahnya, maklumlah, dibesarkan dulu pun dengan menu lempeng pelbagai.Lempeng ubi parut, lempeng pisang, lempeng kelapa...waduhai..memang menu tradisi yang mungkin anak2 kita sudi pandang sebelah mata je kalau dihidangkannya...Rindunyaaaaa makan lempeng2 tu kan...


LEMPENG PANDAN & SERAWA DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan Untuk Lempeng:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
11/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
Sedikit garam
esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam bekas, kacau menggunakan  hand whisk hingga sebati.
2.Panaskan kuali, lengserkan sedikit mentega dan curah adunan dan layangkan kuali agar adunan rata.
3.Masak beberapa minit kemudian terbalikkan.Biarkan beberapa minit.
4.Angkat dan hidangkan bersama serawa/kuah durian. 

Bahan Untuk Serawa/ Kuah Durian:
2 cawan isi durian
5 cawan air
3/4 cawan gula (ikut suka)
Sedikit garam
1 cawan santan kotak 
4 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama sedikit air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.

10 ulasan :

Yatie berkata...

menyelerakan sungguh..kalau perisa pandan ni mmng best..kena lawankan dngn serawa durian..wallahhhhhh enak banget..

Nooriah Abdullah berkata...

sedapnya Rohah dah lama tak makan serawa ni pasti wangi ni huh tertelan air liur ne..

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. tun suka sgt mkn serawa durian! minggu ni x singgah pulak pasar, kalau x blh gak godek2 serawa durian jugak. xpenah mkn dgn lempeng, biasa cicah ngan roti je.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Alamak sedapnya tengok lempeng bersama serawa durian ni!!! I like! ;)

adda syuhada berkata...

sedapnya..kalaun adda ni mmg xhenggat la brapa keping lempeng yg hilang masuk perut..hiihih

Asyifa Mustaffa berkata...

As salam kak...
lamanya sy x singgah sini....blog akak dah berubah wajah pun baru hari nie sy perasan...

gambar akak skrng pun makin cantik la...:) orng lain makin maju dah nie...sy je mood makin merudum.....huhuhu....

btw...mmg nmpk sedap....:)

Amie berkata...

Kok ayu temen lempeng eh... iki seji orak vareq... meneh isek ujan, meteng eh ngeleh vaey...

Tina Othman berkata...

pergh terliur gila tgk

sedapnya, lama tak makan mcm ni, saya rasa mcm ni lg puas makan dari durian crepe kan

rahel berkata...

Amboi....lempeng pandan la pulak...ermm sedap tu serawa durian...nak2x

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..sementelah masih musim durian ni, bersama-samalah kita bereksperimen ngan juadah2 berasaskan durian ya...sedap ni....