Selasa, 31 Mac 2015

APAM PISANG KUKUS


Assalamualaikum..
Tayang apam pisang ....tapi gambo 2 minggu lalu..apam dah habis pun..hihiiii.Suka makan kuih apam macam ni..sebelum2 ni pun pernah buat, resepi mana pun lupa...Kali ni guna pisang tanduk yang masak..sayang kalau tak dibuat apa2..
Mekaseh kepada penyumbang resepi, ada pisang masak lagi, boleh cobe laagi...
Jumpa laagi...

APAM PISANG KUKUS
Resepi;Resipidiyana
Sumber;Suzana

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas sederhana besar [saya guna pisang tanduk, agak2 je]
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan/ minyak masak/minyak jagung
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
Secubit garam

Cara membuatnya
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.



Selasa, 24 Mac 2015

LENGKONG MERAH


Assalamualaikum
Agak-agaknya, ada ke tak orang yang tak gemar makan lengkong simple macam ni ye...mesti ada kan...Saya anggap lengkong simple macam ni adalah pencuci mulut yang sangat enak untuk dinikmati, lebih2 lagi ada terselit bau sirap ros dan aroma pandan yang harum  ... Mentelahan pulak cuaca yang sangat panas beberapa minggu yang lalu [menu sebulan yeng lepas]..

Sengaja saya selitkan resepinya di sini walau nak menghasilkannya terlalu mudah..dalam sebulan ni dah banyak kali saya buat, especially untuk disajikan buat ayahanda tersayang yang sedang terlantar uzur..Menu2 yang mudah hadam macam ni memang sesuai sangat untuk insan2 seusianya.Selamat menjamu selera..
Jumpa laagi..
LENGKONG MERAH

Bahan-bahan
10 agar-agar kering/ tali
4 cawan air
1/2 cawan gula
Sirap merah ros, secukupnya
1 helai daun pandan

Cara
1.Satukan agar kering bersama air, daun pandan dan sirap ros ke dalam periuk.Masak dengan api sederhana.
2.Masukkan gula apabila agar2 mulai hancur.Teruskan mendidih.
3.Sediakan bekas, dan tuang.
4.Sejukkan

Isnin, 23 Mac 2015

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR


Assalamualaikum...
Selamat kembali ke sekolah untuk adik2 semua yang telah melalui cuti penggal persekolahan....yg pasti jugak, ibu2 pun mula sibuk dengan rutin harian melayan anak2 untuk ke sekolah...

Menyisipkan resepi bingka berperisa dan beraroma pandan..syok je melayan masuk mulut ketulan demi ketulan..memang sedap.Sebelum ni pun pernah buat,tapi makan dengan sos kastard..tu yang teringat-ingat tak sudah..TQ atas perkongsian resepi dari AlongRoz dan diperpanjangkan lagi oleh Syafiq 

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR
Sumber:AlongRoz

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan santan
2 1/4 cawan air jus daun pandan (blend 8 helai pandan dengan air & tapis)
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
14 keping roti, potong kecil

Cara-cara
1.Blend kesemua bahan, kecuali roti, sehingga sebati.Tuangkan ke atas roti dan rendam sebentar selama 5 minit.
2.Tuangkan 1 sudu besar minyak ke dalam tin dan panaskan di dalam oven.Ramas adunan tadi dan tuangkan ke dalam tin.
3.Tabur biji bijan dan bakar 180 darjah C selama 1 jam.



Rabu, 18 Mac 2015

IKAN TUNA MASAK SOS LADA HITAM


Assalamualaikum..
Bersua lagi...Ramai yang bercuti lagi ke, sempena cuti sekolah ni..Saya tak kemana2 ni, masih setia di rumah, ulang2 buat rutin harian je..

Ni menu 2 bulan yang lalu..eheeeee.Cari2 resepi kat dapur Kak Amie..Mudah aje nak sediakan.Sekejap je bersilat kat dapur, compem siap..So, mekasih kak Amie kerna berkongsi resepi.

IKAN TUNA MASAK SOS LADA HITAM
Resepi; Amie

Bahan-bahan
6 keping ikan tuna, lumur dengan sedikit garam dan kunyit
4 sudu masan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
10 biji cili padi, hiris [saya gantikan dgn cili besar]
2 biji cili hijau, hiris [x bubuh]
3 ulas bawang putih, cincang
1 biji bawang besar, belah 2 dan hiris
2 cm halia, hiris
1 cawan air
Minyak

Cara
1.Goreng kepingan ikan tuna hingga masak.Ketepikan.
2.Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3.Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5.Masukkan ikan, hirisan cili padi, dan cili hijau.Biarkan kuah memekat.
6.Tambahkan bahan lain yang digemari seperti tomato ceri dan daun bawang.
7.Tutup api dapur, angkat dan hidangkan.

Selasa, 10 Mac 2015

KUIH BAKAR PISANG

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, rezeki pisang berbuah sentiasa dapat dirasa.Setandan untuk dihabiskan sendiri selalunya memang tak akan habis..Pandai2 lah nak kurangkan pembaziran.

Biasa kalau dah hujung2, pisang mula dah masak ranum, mulalah hati teringin membingka.Menjadi pebret ahli dalam rumah ni.Insya Allah tak mengecewakan..tak habis hari yang sama, sambung makan hari esoknya..kan kan..Tq atas resepi asal oleh kak dZana dan terjah terus di blog lizahanum.
KUIH BAKAR PISANG
Resepi; dZana
Sumber;lizahanum

Bahan-bahan
1 sisir pisang masak
1 cawan tepung
3/4 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu sejat/ cair
1 biji telur
2 sudu besar butter

Cara
1.Blender semua bahan kecuali pisang.
2.Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata.
3.Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
4.Bakar dengan suhu 180 darjah C atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5.Sejukkan, baru dipotong.

Isnin, 9 Mac 2015

AYAM PANGGANG

 Assalamualaikum
Tengoklah aksi ayam panggang ni..heeee..seketul duduk dalam pinggan.Gaya ni je la yg boleh dipamerkan.Masa ni x sabar2 nak makan, perut dah bekeroncong.

Tq Hairul kerana berkongsi resepi.Satu lagi jangan lupa, pastikan ayam yang dipanggang betul2 masak di sebelah dalamnya.Maybe bole adjust api oven untuk elakkan dari menjadi kurang masak.
AYAM PANGGANG
Resepi asal; Kak Raja
Sumber;Hairul

Bahan-bahan
1ekor ayam, rebus bulat2 dan tos
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar madu
2sudu teh garam
50 gm butter
2sudu besar serbuk lada hitam

Cara
1.Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
2.Satukan semua bahan-bahan lain [kecuali butter], campur dengan bahan kisar.
3.Lumur pada ayam dengan rata, luar dan dalam  dan perap 1-2 jam.
4.Sapu butter dipermukaan kulit dan celah2 kulit.
5.Panaskan oven 120 darjah C, bakar dalam 40 minit.Air perapan ayam disapukan atas ayam semasa membakar.
6.Tabur lada hitam atas ayam.
7.Boleh keluarkan ayam bila nampak kulit dah garing.
8.Semasa hidang letak sambal cili [cili merah, bawang putih, halia, cuka kemudian blend] atau sambal kicap jika nak.Letak telur rebus, salad dan timun sebagai hiasan.





Sabtu, 7 Mac 2015

BINGKA SUKUN

Assalamualaikum..
Saya memang suka membingka bila ada bahan-bahan yang sesuai dengannya...Tapi dah jadi kebiasaan saya juga, kalau buat bingka berunsurkan buah, biasanya buah tersebut tak sempat berusik sampailah jadi masak ranum...huhuuu, makanya terpaksa bertindak pantas untuk diolah sesuatu...

Buah sukun bila dah masak ranum bau harum je...jadi bila dah dijadikan bingka, baunya pun masih cam tu lah, wangi..Hanya penggemar kuih2 tradisional je yang boleh menjiwainya..betul tak..

BINGKA SUKUN
Resepi;am66

Bahan-bahan
400-500 gm buah sukun [yang lembik diblender dengan sedikit air]
200 gm tepung gandum
180 gm gula
300 ml santan
4-5 biji telur
1 sk esen vanilla
1 sk garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan [jika suka]


Cara
1.Semua bahan dikacau rata sehingga gula larut dan tepung tidak bergentel.
2.Lenser loyang/ acuan dengan sedikit butter/minyak masak.
3.Tuang ke dalam loyang, ditaburkan sedikit bijan dan dibakar di dalam oven dengan suhu 180-200 darjah C selama 45 minit.
4.Biarkan sejuk barulah dipotong.