Rabu, 15 November 2017

DONUT (tanpa perap lama)



Assalamualaikum


Teruja betul bila baca tajuk ni kan.Yerla..sebolehnya sebagai kaum ibu kalau boleh semua nak jimatkan masa sekalipun dalam hal masak-memasak.Semua nak dibereskan dengan cepat, kan..

Dek tercalit rasa nak cuba, kak terus cuba resepi yang ada.Alhamdulillah menjadi.Makannya pula masa tengah suam2 selepas digoreng, sedapnye yakmat.Mengalahkan anak2 makan juga sesekali..heheee.




Donut ni punyalah lama kak buat.Baru sekarang nak interframe.hahaaa.Ni tgh semangat nak berblogging semula, on je la.Nanti kalau dah M datang, bersawang lagi tebal blog kesayangan ni.huhuu.

DONUT Tanpa Perap
Resepi:Mashitah Karim

Bahan
15gm tepung gandum
1 peket yis/mauripan
1 1/2 cawan air suam
4 sb gula pasir
4sb marjerin/ shortening/ planta
2 sk bread improver

Cara
Rendam yis dengan air suam dan gula.Biarkan berbuih 5-10 minit.

Campur bahan-bahan lain dalam bekas besar.Gaul sebati.Masukkan air yis tadi.Uli hingga jadi doh 5-10 minit.

Bentukkan donut.Panaskan minyak dan goreng.Kalau nak perap pun boleh dalam masa lebih kurang 5 minit.

p/s;pemilik asal resepi tidak perap doh donut ni, tapi kak perap juga sekejap seperti yg disarankan diakhir penerangan.

5 ulasan :

Unknown berkata...

Assalamua'laikum Rohah, akak pun lama tak kesini
tercium bau wangi donut tu terus datang hehee
boleh lah try nanti tapi macam tak cukup bahan je lah

Amie berkata...

Assalamualaikum Rohah,
cantiklah pulak rupa paras donut dia kali ini.

inahar ali berkata...

Assalam rohah..rinduuu kt dier gak! waahh nak kenen 3 ketui donut yang! gebus gebass nampak..

hazila berkata...

As Salam Rohah,
Dah beberapa hari teringin nak makan donut. Nak buat sendiri rasanya M besar duduk atas kepala. Nak kena cari jugalah nampaknya...

Rencah Kehidupanku berkata...

nak tanya tpg tu 15gm aja ka