Rabu, 2 Mei 2012

TILAPIA BAKAR BEREMPAH WOKU




Salam petang...
Dah berapa hari diulit cuaca panas, alhamdulillah...besar sungguh nikmat yang Allah beri, nyaman sekali cuaca petang nie..Hujan yang lebat membasahi bumi.Time cuaca panas ari tu ramai rakan2 yang pakat buang puding untuk sejukkan alurrrr tekak ye...so bila time ujan camni, kita bancuh teh o panas pulaklah ye..
Seronoknya bila dapat masak  Tilapia Bakar Berempah Woku yang dah lama diidam-idamkan ni..Nak tahu apa sebabnya tak dapat nak buat sebelum2 ni? sebab tergamam bila baca "daun selasih" tu..Mane lah...nak dapat mende tu, kenal pun idak.Resepi ni dah lama saya peram dalam list.Resepinya saya jenguk kat dapur kak Ummi.Ada terbaca yang "daun selasih" tu ialah daun basil, apalagi????? saya guna Basil Whole je lah ..Maka jadinya dapat gak menikmati resepi ni, enak, lazat,sedap....(sama maknalah tu..hi2)




TILAPIA BAKAR BEREMPAH WOKU
Resepi:Majalah SEDAP
Sumber:Ummi

Bahan-bahan:
2 ekor (500gm ikan siakap) | dikelar-kelar (saya guna tilapia)
2 sudu teh perahan limau nipis
1 sudu teh garam
*(Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam.Perapkan 15 minit.Bersihkan dan ketepikan).
8 helai daun limau purut | buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan | hiris halus
2 helai daun kunyit | hiris halus
3 batang serai | ambil putihnya, hiris halus
5 tangkai selasih | diambil daunnya (saya guna basil whole/ optional)
2 biji tomato merah | potong dadu
250ml air
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang | dipotong-potong
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (saya guna 1 tangkai cili besar)
5 biji buah keras | bakar kejap
3cm kunyit hidup | bakar
2 cm halia

Bahan pelengkap:
Daun senduduk secukupnya (tak guna)
1 biji timun (tak guna)
4 tangkai selasih (tak guna)
6 biji cili padi merah hiris | untuk tabur

Cara memasak:
1.panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
2.Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3.Masukkan air, gula pasir dan garam.Masak sehingga matang dan mendidih.
4.Masukkan daun selasih dan ikan siakap.Masak sehingga kuah menyerap.
5.Sediakan aluminium foil yang telah digriskan minyak dan letak angkat ikan tadi di atas aluminium foil.
6.Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
7.Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180 darjah celcius sehingga ikan masak.
8.Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.






12 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

Salam K.Rohah...
Amboi lauk dia...menyengat !!!
sy suka sngt2 ikan talapia tu....goreng gitu je pun x pe...! klau dah suka tu kan...buat je mcm mna pun...lalu je kat tekak sy nie....:)

Melly Octaviana berkata...

hmmm.. lapar lah kak Lihat menu nya.. hari ini melly beli daun selasih ,kayanya besok beli ikan nya yah.. hehe

zila 4ever berkata...

salam rohah
kita org pertama nie..sedapppnyaaa..tadi tgk kt fb ..mcm nk cubit sikit jew ikan nie..aiiishhhh meleleh air liur..:)

Ummi berkata...

Assalam Rohah, terimakasih la sudi selongkar resepi ni kat dapur akak...Ikan ni mmg power sungguh...kalau ratah2 pun mmg habis sekor...guna ikan tilapia lg best nih...akak suka ikan tu..... ^___^

rahel berkata...

salam Kak Rohah,
menyelerakan sungguh ikan tialpia berempah woku ni..suke la..

ijayuji berkata...

Salam kak rohah, terbaek lerrr resepi ikan nii, kita tak jemu nk makan :D tapi ikan talapia kita tak mkn sbb specis sungai, tekak kita ngada2 sikit sbb nak yg laut2 ajerr ehehe.... ayam pun gitu jugak, nak ayam bandar yg gemukk ajerrr sbb tu bdn pun bulat ajerr nii, ayam kampung yg gagah2 tu kita tak makan ehehe...

izahdaut berkata...

memang seedaaaaapppp.. mcm mccm daun ada kan. hehe :-)

tun_telani berkata...

salam kak rohah..... tun mmg peminat ikan tilapia tau.. kalau malas ke pasar tu, hampir every week beli tilapia frozen kt supermarket. hihi. sini mmg byk talapia, walaupun frozen, rasa dia lg fresh banding ngan beli kat pasar tu..

quinnie berkata...

sedapnya rohah..kita suka talapia..masak apa pun sedap je..hehehehe

Asmah Yusof berkata...

Slm kenalan kak....

Menarik la lauknya....nmpak meriah sgt...dpt pulak curah atas ikan talapia tue...

Nieza berkata...

sedapnya tgk ikan tilapia bakar ni...saya memang suka ikanx2 bakar gini.kalau mkn maunya bertambah nasi ni.

maaf yer tanya Roha umur berapa yer? sorry terpanggil akak pula hari tu..sebab tak tau umur. saya lahir thn 79.

Nina Mirza berkata...

As'salam Roha ...

Menarik lah resepi nie ..... Nanti nak cuba ;)
Terliur tengok ikan tuuu. Minta sikit nak ratah boleh? hehhee . . .