Salam rakan-rakan yang disayangi...rasanya semua orang suka makan kari kan..tapi kalau dapat makan kari mamak sesekali, memang best punya.Apa kata kita try buat kari mamak hari ni juga...Boleh kongsi resepi dari iris samara ni, memang pekat karinya.Untuk resepi asal boleh tengok kat SINI.
Ikut resepi asal yang ditulis oleh iris samara, memang menggunakan ayam, tapi saya tukarkan dengan ikan yu yang sememangnya banyak isi, puas makan tau..Saya olah sedikit penyampaiannya, manakala sebahagian sukatan adalah mengikut kesesuaian saya, tetapi masih mengikut ciri2 resepi asal sebagaimana yang ada dalam link beliau.Selamat mencuba..
KARI IKAN YU MAMAK STYLE
Resepi asal:KARI AYAM MAMAK STYLE
Sumber resepi: iris samara
Olahan:rohaisha
Bahan-bahan:
1/2 ikan yu
Bahan A:
10 ulas bawang putih | kisar
3 inci halia | kisar
Bahan B:
1 labu bawang besar | dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan C:
1 biji tomato
2 batang serai | diketuk
2 helai daun pandan
Bahan D:
8 sudu besar serbuk Kari Ayam Baba's*(boleh kurangkan sukatannya)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
Serbuk cili kering (banyak ikut suka)*- dibancuh bersama air
2 biji terung bulat | belah 2@4
1/3 cawan santan kotak
Bahan E:
Serbuk lada hitam*
Serbuk lada sulah*
Serbuk ketumbar*
Serbuk jintan manis
(*)kuantiti ikut suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara:
1.Tumis bahan A sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan B dan bahan C.Tumis sehingga daun kari nampak garing.Masukkan ikan dan terung, tutup periuk.(Masa menumis ikan ni, mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni).
2.Masukkan sedikit air dan tutup periuk semula.Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam itu keluar.Tumis lebih kurang 3 minit.Pastikan anda masak dengan api perlahan.
4.Tambah air mengikut kuantiti kuah yang anda suka.Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
5.Apabila air kuah sudah mendidih, barulah dimasukkan bahan D dan bahan E.Masak sehingga ramuan rempah ini masak dan sebati.Pastikan periuk sentiasa ditutup dan masak dengan api perlahan.(jika mahu dapatkan resepi yang lazat, ikutlah petua ini)
6.Apabila kuah kari dan ikan sudah masak dan empuk barulah masukkan santan / susu cair dan garam.Masukkan garam di akhir masakan.Biarkan kuah mendidih dan semua ramuan ini cukup masak dan sebati.Hidangkan.
12 ulasan :
salam rohah
wahhh kalu ada nasi panas sedap nie..akk pagi2 nie tgh duk pikir nk masak apa..ha hahaa nampak kari dah kecur pulak..:)
Salam Rohah.. wahhhh... main jerung hari ni yaa... ganas hehehe..
wah nampak cukup menyelerakan.. kecurr sudah ni...
Periuk tu cantik laaa.. suka! kilat aje hehhehe
Selalu nampak ikan yu di pasar tapi nak beli tak tahu nak masak apa, sebab biasanya beli ikan yu kering kakak akan buat acar. Dah tahu ada resepi begini untuk ikan yu, nanti nak boronglah iwak yang gedi itu he he hehh
waaa rohah.. mamak style ni yang tak tahan ni. ikan merah ada dalam peti ais tu ha. harus kujadikan kari mamak ni kang..
salam Rohah,dah lama akak tak makan kari ikan yu ni ,selalu akak makan ikan I punya lah heheeee tapi mmg sedap woooo nampak tu
salam rohah
kari satuuuu..dh tghari nie..mmg sesuai dimakan bersama nasi..:)
Assalam kak,wah kari ikn nmpak pekat..Cicah ngan roti ke lempeng bodo2 mmg sedap nih..
ganas resepi mu hari ni...dlm byk2 ikan...ikan yu jugak jd pilihan yer...hehe...cmne rasanya kan...maklum la QH ni jakun sikit...haha...bleh la nti cuba2 makan pula...
Salam Roha.kari ikan mamak gini mmg favorit akak..enak...berselera makan.
memang sedap dan menyelerakan...cicah roti pun best kari ni:)
resepi iris ni meamgn sedap..saya pun suka..tak pernah la makan ikan yu...boleh makan ye..hehhehe
Mana Nak dapat ikan yu ni
Catat Ulasan