Sabtu, 5 Mei 2012

ROTI JALA




Assalamualaikum..
Jangan silau mata tengok kombinasi kalerr roti jalaku ini..keh keh keh...pink + oren, kecik bola mata hitam masa edit2 pic ni, berpinar pun ada..tak boleh dah nak ku slow2kan kaler dia.Kedua-dua kalerr memang garang semacam bila disatukan, pastu ditambah pulak dengan studio tak cukup alat (kih3..) tu yang semacam ajee..
Mula-mula bancuh 1 adunan, rupa-rupanya belum habis menjala, rotiku dah mula susut.Makanya bancuhlah 1 trip lagi, alhamdulillah hampir langsai malam itu juga ...baki 3ketul je.



ROTI JALA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1sudu besar minyak masak
marjerin | untuk lenserkan kuali

Cara:
1.Satukan kesemua bahan kecuali marjerin dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk hingga sebati.
2.Tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian,titiskan warna kegemaran.
3.Masukkan adunan dalam botol muncung.
4.Panaskan kuali dan lenserkan dengan marjerin.Picitkan adunan atas kuali mengikut corak disukai / secara berslang seli.
5.Lipat bahagian kiri dan kanan roti jala,kemudian gulung.





Kari Ayam Roti Jala
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bahagian ayam | potong kecil
3 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1/2-1 kentang | potong dadu  
2 sudu besar serbuk kari *
1 sudu kecil serbuk cili * | dibancuh bersama dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis knorr
1/2 cawan susu cair
1 1/2 air
1 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu.Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.Biarkan hingga naik minyak.Masukkan juga bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.Seterusnya masukkan kiub bilis knorr, ayam dan ubi kentang.Kacau dan masukkan air.Biarkan mereneh sehingga kentang empuk.
2.Setelah ayam dan kentang empuk, masukkan susu cair dan renehkan seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Tutup api.



7 ulasan :

Amie berkata...

Hadoooiii.... roti jalanya bukan main lagi! Pink + Oren, elok benarlah buat berdating makan dengan pakwe ni hi hi hiiii tambah2 kasih + cintanya!

Norzie hany berkata...

Salam Rohah.
Puas saya cari acuan roti jala lubang 3,tak jumpa2.Geram tgk roti jala ni kemas aje....color merah lagi.

Ain Fajar berkata...

oushhh!memang silau mate nengoknya..:)..nmpk roti jala rohah nie trs tergerak hati esok pagi nk buat sarapan roti jala gak la.fov nie xleh nmpk mst nak.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam
berpinau mata pun takper ,janji sedap bila makan he he
jalanya pun cantik kemas, akak kalu wat lum pas lg he he sb jalanya tak berapa nak lawa hu hu
anak dara akak sorang suka makan ni tp makan camtu je tanpa kuah he he

dZana berkata...

wahhh... kene pakai sunglass masa mkn ni rohah.. hihihi.. jgn marah akk ye.. usik2 jer.. dah lama tak buat roti jala.. lum smpi musim kari gaknya.. nnti klau ada kari nk buat jugak la..

quinnie berkata...

wahhh terangnya warna..kekekek...rajinnya buat roti jala...kita memang teringin nak makan..tapi kerana malas punya pasal..sanggup tak makan..kekekek

Evelyn Gemina berkata...

Salam kak Rohah...saya tak pernah lagi makan roti jala, nampak menarik la : )