Khamis, 3 Mei 2012

BINGKA LABU LEMAK MANIS



Salam petang..
Selamat minum petang.Nih ada bingka labu, jom kita santai ambik angin petang sambil ngudap2..Bingka labu ni baru khatam, alhamdulillah..Resepinya saya intai2 kat blog kak Yatie..Cantik elok je bila dah masak, sedap. 


Tengah snap2 gambar tetiba datang seekor burung serindit bertenggek di kuntuman bunga depan mata saya.So, candid jugalah untuk burung ni..



BINGKA LABU LEMAK MANIS
Resepi:Yatie

Bahan-bahan: (Loyang bulat 9”)
2 biji telur
2 cawan santan
½ cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir halus
½ cawan susu pekat manis
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/ minyak sapi
2 cawan labu | yang sudah direbus, toskan dan dilecek
Sedikit bijan untuk tabur di atas permukaan kuih

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
2.Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu yang dilecek dan bijan dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk sehingga semua bersatu.
3.Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang.Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah dilecek, kacau hingga rata.
4.Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
5.Bakar hingga 1 jam atau hingga masak.Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
6.Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.

 


12 ulasan :

zila norazila berkata...

mmg best kan resepi kak yati nie..kita pun dh cuba..:)x mengecewakan..

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! bingka labu ni dah masuk dlm list, ada labu dlm esbok :D tapi ntah bila boleh buat jgn sampai kecut lagi sudah hihihi..

ibundo berkata...

Salam Rohah. Bundo datang sini pulak nak makan bingka. Ada lagi?

Qasey Honey berkata...

tgk aje dh tau dh mesti sedap kuih bingka tu...

Norzie hany berkata...

Salam Rohah.
Nampak sedap kuih bingka ni,nanti sis pun nak cuba buat la.

Unknown berkata...

Assalam kak Roha, sedapnya tgk kuih bingka ni kak...semua jenis bingka saya suka..lagi suka kalau dpt rasa bingka akak ni..hehe

tun_telani berkata...

alamak... sedapnyer bingka labu!! stok labu dh habis pulak. kene buat stok puri labu yg baru nih..

Chik Mimi berkata...

sedap ni rohah lama kita tak membakar bingka

quinnie berkata...

saya dah lama betul tak buat bingka..ada labu tapi rasanya dah tak elok kot..hahahha..adehhh...

dZana berkata...

boleh minta sepiring .. akk dah buat teh o .. teringat2 bingka yg sedap ni.

Mamasya berkata...

Salam Roha.akak mmg suka bingka labu...lemak2 manis gitu dg kerak kat atasnya tu...sedap...

Tanpa Nama berkata...

Hehehe bru nk try. Da try nnti bgtau.