Selasa, 22 Mei 2012

BINGKA JAGUNG


Salam..
Bingka ni dah jadi darah daging....Buat minggu lepas kalau tak silap, hari ni baru lepas Q nya..
Kisahnya, bijian jagung yang jadi kuih bingka ni mahu dijadikan jagung kukus pada awalnya, tapi tahap empuknya langsung tak menepati piawaian walaupun dah kukus hampir sejam.Dengan ilmu yang cetek, saya rebus pulak jagung tu (nak test, boleh empuk ke tak, ni dah tahap geram juga masa ni, pun hasilnya tetap sama..so............bye2 lah nampaknya kisah jagung kukus tu...)
Tak mau pening2, saya balun dia jadi bingka, 
padan muka..hehe..(eehh, tak baik tau..)
Alhamdulillah, jadi pun bingka!!!selamat kini jadi baja..

BINGKA JAGUNG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan jagung* (yang telah direbus) | kisar
2 cawan santan pekat* | kisar bersama
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen jagung / vanila
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya | tabur

Cara:
1.Kisarkan jagung bersama santan.
2.Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
3.Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
5.Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.


note:boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak di atasnya.

11 ulasan :

Ilhamkreatif berkata...

Salam Rohah...bingka jagung pun sedap.X jadi jagung kukus x,pe.
kalau idak tak tertayang la,rohah punya bingka jagung tu.....

tun_telani berkata...

salam kak rohah.. masing2 duk membingka labu skrg ni ye.. tun pun teringin gak, tunggu dtg mood dulu.

Asyifa Mustaffa berkata...

alamak kak..!
tiba2 je tekak rasa mcm nak telan bingka....klau rumah dekat nie...mmg konpem sy dtang bwak piring kosong jek...! hahaha....

Sheila Shafeareen berkata...

salam..akk suka kuih bingka..x kira lah bingka apa pun....sdp ni wangi aje bau kuih...makan suam2 panas sdp ni:-)

Yatie berkata...

Assalamualaikum Rohah,
sedap tu bingka jagung..kuih2 mcm ni mmng kegemaranku..ang kerak2 tu yg sedap..kan.

Chik Mimi berkata...

betul tu kalau kena jagung yg keras mmg sakit hati ,nasib rohah pandai adjust jadi bingka

zila 4ever berkata...

salam rohah
mesti baunya wangi nie..sedappp lg..:) akk suka bingka2 nie

Qasey Honey berkata...

asslm kak Rohah...musim membingka pulak ker...nmpk sedap sgt tu...QH suka juga mkn bingka2 ni...tang keraknya lg best...hihi

Mamasya berkata...

Salam Roha.menarik bingka jagung...nampak sedap part kerak tu...boleh masuk senarai..

HaSue berkata...

Nasibbaik jagung tu dpt dselmtkn mnjadi bingka...hehe..nmpk sedap la pulak kn..

Evelyn Gemina berkata...

Salam kak Rohaha,hmmm nampak sedap la..lama x makan bingka, bingka jagung pula tu, mesti sedap....