Khamis, 17 Mei 2012

BINGKA PISANG (II) laaagi!!!


Salam teman-teman...
Hari ni baru dapat update blog..jenuh upload pic tapi asyik gagal..ingatkan line tenet problem, rupa2nya lappy tu yg demam kot. Tak terfikir pulak nk buka pc..
Alhamdulilah, kat pc boleh pulak masukkan pic2, cuma kena byk kerja sbb pic byk tersimpan dlm folder lappy, sabar je lah kan...
APA CERITA NI??
Bingka laaagi???
Ehehe..nak buat macammana, memang teman hidupku suka makan bingka.Tak kiralah bingka apapun.Dia minta kuih bingka pisang lagi, sebab pisang yang dibelinya masih berbaki.
Hari tu saya buat bingka pisang guna gula pasir, tapi kali ni saya guna gula perang pula..Pun mudah je, tak susah mane nak buatnye.Selongkarlah kat bawah tu ye..

BINGKA PISANG 
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 7")
12 ulas pisang awak
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
1.Lecek pisang bersama garam, ketepikan.
2.Blenderkan gula perang, telurdan santan.
3.Satukan pisang dengan bahan kisar, esen vanila dan minyak masak.Kacau sebati menggunakan whisk.
4.Sapukan loyang berukuran 7" dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan secukupnya di permukaannya.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Bakar adunan selama 1 jam dan tambahkan 5 minit pembakaran menggunakan api atas  sahaja selepas itu untuk mendapatkan kerak dipermukaan bingka.


7 ulasan :

~~zana@pb~~ berkata...

Favourite kak pb ni tapi tak suka buat sendiri, suka kakak atau emak yg buat. Itu dulu, jgn harap la mak nak buat skrg ni....huhu..

Chik Mimi berkata...

sedapnyaaaa boleh masuk list ni

Qasey Honey berkata...

ni dh 2 kali buat ni...mesti sedap kuih bingka pisang ni...sila htr ke rumah yer...hehe

rahel berkata...

Salam Kak Rohah,
sedapnya bingka pisang tu...teringin nak join makan2..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Fuhhhh bingka pisang..memang suka ni. Lama tak makan...

mama sara nur berkata...

assalam
dah kali ke2 sahlah mesti sedap bangat kan he he
dekat2 leh mintak sikit ni

zila 4ever berkata...

lama x makan la..sedappp:)