Jumaat, 28 Disember 2018

GULAI IKAN AYA

Ermm..tekak jawa tetiba mengidam lauk orang kelantan deh๐Ÿ˜†.Alhamdulillah setakat ni boleh terima mana2 kelainan resepi dr luar Negeri๐Ÿ˜‚.Kito x pilih kasih๐Ÿ˜„. 
Gulai ni memang Kak Long suke.Lagi suka bila tengok kawan sebelah tambah2 nasi dalam pinggan dek lauk versi kalantan ni.Hahaaa.. 
Kak Long cnp resepinya.



GULAI IKAN AYA

Bahan - bahan:
•2 ekor ikan tongkol sederhana besar -  dipotong2
•4 keping asam keping
•garam
•sedikit air
•sedikit gula melaka

Cara:
rebus ikan bersama bahan2 diatas.


Bahan2 untuk Kuah
•1 labu bawang besar*
•3 ulas bawang merah*
•4 ulas bawang putih*
•1 inci halia*1 inci lengkuas*
•1 inci kunyit hidup*
•10 tangkai cili kering*
•Santan
•garam
•1 keping Asam keping
•sedikit gula melaka
•perasa
•cili hijau
•1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
•sedikit minyak untuk menumis


Cara - Cara:
1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur
2. kemudian  tumis sehingga wangi
3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili.  
8. Try test rasa :-)