Selasa, 16 Oktober 2012

KUIH TALAM GULA MERAH


Assalamualaikum..
Selamat petang buat rakan- rakan yang dikasihi, semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan pengampunanNya, insyaAllah.
Alhamdulillah bersua lagi kita di sini, dengan satu misi yang sama, berkongsi idea dan rasa.
Petang ni saya nak kongsikan kuih talam yang telah saya cuba dari resepi Chef terkenal kita iaitu Chef Hanieliza..Buat kuih macam ni memang satu jihad bagi saya, sebab kena kuat semangat bagi orang macam saya yang tak berapa pakar nak menghasilkannya untuk menjadikan kuih tu cantik dan elok je dipandang...Namun apapun saya berpuashati dengan hasilnya walaupun perlu diperbaiki lagi selalu untuk menghasilkan kuih2 talam yang lebih kemas.Pasang niat tu!!...hi2

KUIH TALAM GULA MERAH

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah:
1 cawan gula* | (*) masak dan sejukkan 
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara:
1.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2.Gaulkan adunan dan tapiskan.
3.Tuangkan dalam loyang dan kukusan selama 20 minit.
4.Bila dah masak cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.

Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara:
1.Gaul dan tapiskan.Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.
2.Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit.
3.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.


23 ulasan :

ady berkata...

as-salam
cantiknye kuih talam tu... kemas aje potongannya tu...

Sheila Shafeareen berkata...

salam kak...sdp kan kuih2 kukus mcm ni sy pun suka..betul mcm akk juga kena yakin diri..sy pun kira 1st buat kuih ni...kira hasilnya memuaskan..sy kena pebaiki lg bagi cun,,,,tang rasa mmg dah cukup sdp...
nak rasa yg akk buat lahhh ada lg :-)

umi oven berkata...

cukup cantik dah tu sedap sudah semestinya, umi nak cuba jugalah

umi oven berkata...

Salam sedapnya nampak sangat menarik terasa macam nak makan pulak

Chah berkata...

Bab jihad tu yg tk tahan tu...mulusnya kuih talam tu...kuih lelama ni mmg feberet saya n sedap!!!

Qasey Honey berkata...

haritu kwn QH ade buat kuih talam ni utk potluck tp kesian bhgn bwh tu xjd...lembik spi xleh nk dpotong..kena ceduk guna sudu..resepi dr mne xtau la pulak...

bile tgk kejadian kuih talam ni..nk srh dia try la guna resepi ni pula...hehe..suka kuih ni...sedap..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

kuih2 gini memang akak dan suami suka mkn pagi konon sarapan la he he buat sblm tido mlm tu pagi2 dah sejuk senang nk potong

za berkata...

salam..sedapnya kak..mohon copy ye..terima kasih..

Nor Lailee Ahmad berkata...

Terima kasih 😊

Nor Lailee Ahmad berkata...

Terima kasih 😊

Azlan Syazani berkata...

Guna saiz loyang apa ye

Azlan Syazani berkata...

Guna saiz loyang apa ye

Tanpa Nama berkata...

Lapisan atas lembik bila ikut resipi ini..saya guna 1 cawan tepung beras dan 2 cawan santan still lembik. Mungkin hanya 1 cawan santan aje.

Unknown berkata...

Kalau tak letak tepung beras untuk lapisan atas jdi ke x..

Unknown berkata...

Sy buat pki resepi ni bertahun dh elok je x lembik pon,awak silap sukatan ni. Sy siap buat jual amik tempahan pki resepi ni.. Alhamdulillah terima kasih empunya resepi..

Unknown berkata...

Yatie zelani. nak tanya boleh? selalunya cawan besar mana untuk buat sukat

Unknown berkata...

Tepung ubi dalam bahasa indonesia berarti apa ya?

Unknown berkata...

Tgh gogle2 kuih talam jumpa yg ni🥰

HighFitJobs berkata...

Thank you so much for sharing. Great step-by-step instructions!
Highfit Jobs

Government Jobs For Engineers
Mechanical Engineering Jobs

Indian Government Jobs berkata...

Railway Jobs
Railway Careers
Northern Railway Jobs Hi there this is nice article you shared with great information. Thanks for giving such a wonderful informative information. we hope you will publish again such type of post. Also, please check out about

IT Job Stuff berkata...

Most innovative and largest online job portal in India. Founded in 2021, The popularity of the portal is evident from the fact that it has crossed candidate landmarks and has the latest job vacancies from leading IT and Non-IT companies on our website.
IT Job Stuff
Latest IT Job Alert
IT Job Alert

BFSI Job berkata...

Hello Auther, youhave written nice article and shared with great information. Thanks for giving such a wonderful wold class information.
axis bank career
axis careers
hdb finance career
BFSI Jobs
Career in BFSI Sector

TownTasks berkata...

Hello, If you are searching Fulltime or Partime jobs, you can follow or visit to apply jobs
Dockworker Jobs
Mechanic Jobs
Internship / Intern Jobs
Sales and Marketing Jobs
Data Entry Jobs