Rabu, 3 Oktober 2012

PERCIK IKAN KEMBUNG


Assalamualaikum dan selamat malam..
Apa khabarnya semua?? Mudah-mudahan dalam limpah rahmatNya..Rindu nak membelek2 blog dan menjengah kawan2 blog yang disayangi walaupun baru beberapa  hari tenggelam timbul je..InsyaAllah ada masa saya nak redah jenguk u all..nak tengok apa yang kawan2 dah buat...mesti best2 punya menu kan..
Malam yang sunyi ni saya kembali bersiaran dengan menu Percik Ikan Kembung...Resepi dari Kak Rogayah @ panggilan manja beliau, Kak Yah.Memang terpikat habis tengok pic ikan dia kat blog hari tu..Tapi masa buat kuah ikan ni saya tersalah bubuh tepung pulak..huh!! namun perjuangan tetap diteruskan.Akhirnya saya tetap terus masukkan  je lah tepung sebenar..Campur taram jeww..huhu.Takkan saya nak buang kuah yang dah tersilap tadikan..membazir rasanya.Walaupun dah tersilap bubuh bancuhan tepung, tapi diapunya rasa tetap sedap dan terangkat, menjilat jari lagi!! tau...memang sedap bebenar.

PERCIK IKAN KEMBUNG
Resepi:Rogayah

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kembung | dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih yang telah ditumbuk halus bersama sedikit garam
5 ulas bawang merah | kisar
Seulas bawang putih | kisar
Sedikit halia | kisar
Sebatang serai | ketuk
Sekeping asam keping
Secawan santan
2 sudu kecil tepung beras (dibancuh dengan sedikit air)
Gula dan garam

Kuah:
Campurkan santan bersama bahan kisar, serai, asam keping, gula dan garam.Masak biar mendidih.Masukkan bancuhan tepung beras.Biar mendidih dan nampak sedikit pekat.

Ikan:
Panaskan kuali rata dengan sedikit minyak.Panggang ikan biar masak kedua-dua bahagian.Curahkan sedikit kuah pada bahagian badan ikan dan pastikan biar sedikit mesra antara kuah dan badan ikan tersebut.Bolehlah diangkat dan tuangkan lebihan kuah pada ikan tersebut.

3 ulasan :

Sheila Shafeareen berkata...

salam kak hmmm sdpnya negok ikan percik kuah putih akk tu... last buat puasa kemarin... nnt boleh le cuba yg kuah putih ni......tq kak kongsi resepi :-)

Marsita yahya berkata...

emmm, kucur liur tgk ikan ni...

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah. ikan percik putih...kegemaran ni...suka buat extra kuah percik. teringin nak buat tp tak da stok ikan kembong....dah berbulan2 tak da....ikan lain tak sedap sgt buat percik...