Khamis, 18 Oktober 2012

AIR CENDOL


Assalamualaikum....
Selamat petang dan bersiaran kembali.Semoga ceria2 selalu manjalani aktiviti seharian.Alhamdulillah dapat bersua kembali di sini.Seperti yang dijanjikan pada entri Cendol Pandan semalam, saya katakan akan muncul N3 Air Cendol pula, jadi di kesempatan ini dapatlah juga siapkan N3nya.

Cuaca panas hari ni, memang sedap dapat menikmati lebihan cendol yang dibuat semalam.Cuma untuk kuah santan yang sedap, seeloknya tidak perlu panaskan santan tu, tapi harus diingat, air yang digunakan untuk perahan santan tu mestilah bertapis ataupun guna air yang telah dimasak dan sejukkan dahulu supaya kebersihannya terjamin..
O.k, selamat mencuba. 


AIR CENDOL
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
Kuah Santan:
800ml santan pekat* (dari sebiji kelapa) | *satukan bersama
1 sudu kecil garam* @ secukup rasa
1 helai daun pandan*

Bahan Asas & Aksesori Cendol:
Cendol secukupnya (saya ikut sukatan resepi Cendol Pandan)
100gm sagu besar | rendam sekejap, tos dan rebus
2 pewarna (untuk sagu)
50gm kacang merah | rebus
Air batu kisar

Bahan Air Gula:
2/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 helai daun pandan
1 1/2 cawan air 

Cara:
1.Sediakan cendolnya.Ketepikan.
2.Kuah Santan:Satukan santan, garam dan daun pandan dalam periuk.Jerang atas api sederhana sekadar berwap sahaja.Sejukkan.
**Lagi sedap jika tidak dimasak, tetapi harus hasilkan perahan santannya menggunakan air tapis.
3.Sagu direndam sekejap dan toskan.Sementara itu didihkan sedikit air, masukkan sagu dan masak hingga sagu nampak jernih (lebih kurang 1 jam).Setelah masak toskan dan siram dengan air paip.Bahagikan kepada 2 bahagian.Rendam sagu dalam bekas yang berlainan dengan air sejuk biasa, warnakan sagu dengan pewarna yang berlainan agar warna meresap.Biarkan setengah jam dan tapis.Alirkan air pada sagu2 tadi, toskan dan masukkan dalam bekas.(Boleh simpan dalam peti ais).
4.Cuci kacang merah dan rebus hingga empuk.Toskan dan masukkan dalam bekas.(Boleh simpan dalam peti ais).
5.Air Gula Merah:Satukan gula merah, gula perang dan air dalam periuk.Renehkan hingga gula larut.Tapis dan sejukkan.
6.Penyediaan:Masukkan cendol dan aksesoarinya dalam cawan, siramkan kuah santan, tuangkan air gula secukupnya dan bubuh air batu kisar.Selamat menikmatinya.


12 ulasan :

norzila berkata...

Adoy kak rohah dh kuarkan cendol..dah teringin ni sapo nak jawab nih...kak zila nak tambah pulut satu..

umi oven berkata...

betul-betul mengancam kalbu nih ..cukup menggoda dengan kaler, ais nak sikit

Yatie berkata...

adoyaiiiiiii..wat terliur je tngk air cendol Rohah ni, kalau dekat maunya akak dtng umah Rohah terus walau tak di pelawa..he3...menyelerakan sungguh....

zila norazila berkata...

salam syg rohah..
klu panas2 dapat mkn cendol camnie..mmg mabless,akk biasanya beli cendol pulut..buh ais byk2 keccurr nie rohah:))

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah cayang.
Tengok cendol Rohah ni dah cukup buat akak terliur.Sedapnya makan time cuaca panas.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

assalam rohah....

aduii... cendol tu betul2 menggugat iman.. suka betul cendol yg ada segala mcm makneka dlmnya.. especially kacang merah tu.. mmg suka.. ni yg rasa nak pekena cendol ni...

rahel berkata...

Uwaaa...nyaman sampai ke usus halus...hehe...suke banget air cendol...

Marsita yahya berkata...

memang feveret tapi kalau teringin akak beli aje....

Mohd Roswan berkata...

rasa nak buka kedai jual cendol tp xpandai buat cendol, kena blajar dari sifu2 yg tahu ni :)

fazliana berkata...

nampak sedap jer cendol nie..nyum3..

zilah berkata...

hai sdp nya nnpak gaya cendol nk rasa blh

Pengedar Shaklee Sri Aman berkata...

Sedap nya. Jemput lawat blog saya http:// emyhealthandbeautyshop.blogspot.com