Rabu, 3 Oktober 2012

PUDING LABU BERLAPIS CENDOL


Assalamualaikum...
Selamat petang dan bersantai2.Sunyi je rasanya maya kita hari ni..Ke mana agaknya rakan-rakan ni ye...sibuk bekerja dan beraktiviti di dapur ke??O.klah, menu yang dikongsikan kali ini adalah satu menu yang tersenarai dalam list utama citarasa saya nampaknya.Sesiapa yang gemarkan labu, sudah pasti merindukan rasa lemak manis yang ada pada ciri2 labu tu sendiri kan...
Tq Kak Rogayah, sedap sangat rasanya resepi puding ni, lebih2 lagi bila bergandingan dengan cendol tu kan..Tapi ntah kenapa kali ni beli cendol tak berapa sedap pula diapunya bau dan rasa...mungkin disebabkan oleh kandungan bahan pengawet yang terkandung dalam peket tu agaknya.Sampai anak2 saya tegur  ketidakenakkan bau cendol tu..Walau apapun puding ni tetap enak dimakan..

PUDING LABU BERLAPIS CENDOL

Bahan-bahan:-

lapisan bawah:
1/2 tahil agar-agar kering (kalau beli tu tengok berat dia tulis 37.5 gram (1 tahil), dilipat dua & potong/ guna separuh)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
1/2 biji labu | direbus (saya guna 1abu saiz kecil)
1 sudu besar kastad
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Caranya:
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kastad dan sedikit garam sehingga hancur.
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur, bolehlah dimasukkan bahan blender tadi.Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.

lapisan atas:
1/2 tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair (saya gantikan dengan santan)
1/2 mug gula
Sebungkus cendol
Sedikit garam

Caranya:
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan cendol (yang telah dibuang airnya kemudian toskan).
Kacau perlahan-lahan.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.
Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.



14 ulasan :

Yatie berkata...

waduhhhhhh dah terliur yg amat sangat tngk puding Rohah ni, tak sabar nak buat dan merasa....sedapnya...

Mamasya berkata...

Salam Rohah.menarik puding itu...nampak sedap.labu ada tp cendol pula tak da....

inahar ali berkata...

salam rindu rohah..cun banget pudingmu itew! leh akak minta 2 potong ke dh abiss??

ijayuji berkata...

Salam n selamat petang kak rohah!! weeeeee...sedapppnyaaaaaa!!! kalau ada cendol haruslah kena buat cendol sendirik :-( best ni kak gabungan dgn labu kalau curah air gula melaka dgn santan mesti sedap kan kak hihihi sbb kita suke mkn puding2 yg berkuah :D tp kena sabo dulu tgh on diet nii :D

Amie berkata...

laaaa... kok ayu2 temen puding labunya... arek nggawe jugak tapi nang kene orak adol cendol, nak buat cendul sendiri tak reti he he hehh

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rohah
dah macam2 pesen dah puding tu cantik sangat rajinnya awak lah mesti di cuba ni.

zila norazila berkata...

cantik2 puding tue..
akk tgh malas nk buat puding nie rohah..tp tgk org buat kecurr jew:)

~~zana@pb~~ berkata...

Rajinnya Rohah ni, abis ke tu? Cendol kalau rasa tak sedap mungkin terlebih kapur kot....

Evelyn Gemina berkata...

Salam kak rohah, sedap pulaj tgk ada puding yang mcm cendol ni ya, gud idea, penyejuk tekak : )

Ena's Palace berkata...

sedapnye...kalu makan sejuk2 mesti layannnn...

Shiela berkata...

nyamannn.. cantek berbagai rupa ada.. :)

Marsita yahya berkata...

salam Rohah...adusss sedappp ni...

ibundo berkata...

salaam rohah. cantik... nak bawak balik sikit heee...

rahel berkata...

sedapnya...macam2 bentuk pun ada...tapi saya suke yang bulat tu..