Isnin, 8 Oktober 2012

AYAM BOXING BERSOS caraku...


Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..Semoga ceria2 rakan maya semua dan dipermudahkan urusan harian kita hari ini insyaAllah.
Hari ni saya ingin berkongsi menu Ayam Boxing @ Ayam Tinju cara saya.Kalau tengok kat u tube, mereka gunakan kepak ayam, tapi saya guna peha ayam yang kedebab2...Puas saya kumpulkan peha ayam ni semasa syawal hari tu...inilah perancangannya sebab nak buat Ayam Tinju...Untuk step2 ringkas cara buatnye tu, bolehlah dilihat pada pic yang dah saya ambik.InsyaAllah semua dah tahu gaknye...

O.klah, resepinya saya sisipkan kat bawah tu ye, walaupun simple tapi kira ngamlah dengan selera kami sekeluarga..Lupa pulak, menu ni saya gandingkan dengan Nasi Jagung caraku juga, insyaAllah akan menyusul kat entri seterusnya nanti.Tunggu ye..

AYAM BOXING BERSOS
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
8 ketul peha ayam
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada  sulah
1 sudu kecil parsley kering*
1 sudu kecil basil kering*
1 sudu kecil rosemary kering* | tumbuk lumat bahan bertanda (*)
1 biji telur (kacau bersama tepung jagung)
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil bijan hitam | separuh bubuh dalam bancuhan telur & sebahagiannya gaul bersama serbuk roti
1 cawan serbuk roti
Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediakan:(rujuk pada gambar di bawah sekali)
1.Peha ayam dicuci bersih.Potong sekeliling pergelangan peha di bahagian tulang, kemudian hiris sedikit isi menghala ke bawah untuk memudahkan proses mengupas isi.Tolak isi ayam tadi dan lipat terus ke bawah dan biarkan ia berkumpul di situ.Kemudian buang bahagian tunggul yang ada berhampiran dengan pergelangan tulang yang mula-mula tadi.Buat proses yang sama ke atas semua peha ayam sehingga selesai.
2.Lumurkan ayam dengan garam, lada sulah dan rempah yang ditumbuk lumat tadi dengan rata.Biarkan 10 minit.
3.Celupkan peha ayam ke dalam bancuhan telur bersama tepung jagung dan sebahagian bijan hitam tadi.
4.Salutkan pula peha tadi dengan campuran serbuk roti bersama bijan hitam sehingga rata.(untuk memudahkan proses menyalut, curahkan campuran serbuk roti & lada hitam menggunakan sudu)
5.Panaskan minyak, goreng peha ayam sehingga masak kekuningan dengan api sederhana besar.
6.Hidangkan bersama sos.
Bahan Untuk Sos:
1 labu bawang besar | hiris bulat
1 biji tomato | potong dadu
2 biji bawang putih | hiris
2 inci halia | potong dadu halus
2 tangkai lada merah besar | potong bulat
2 tangkai lada hijau besar | potong bulat
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili/ tomato
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar gula perang
1/4 cawan air
1/2 sudu kecil | bancuh bersama 2 sudu besar air
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan hali hingga naik bau.Masukkan cili giling dan biarkan pecah minyak sedikit.
2.Masukkan bersama lada merah dan lada hijau, sos tiram, sos  cili/tomato, sos lada hitam dan kacau rata.
3.Bubuhkan air, renehkan.Masukkan cincangan tomato  dan gula perang.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, perisakan dengan sedikit garam dan kacau hingga sekata.
4.Tutup api.



11 ulasan :

Sari Yusa Ibrahim berkata...

rasa nak bertinju pulak menengoknya, hehehe.. mesti sedapkan Rohah

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikkum Rohah..

Ada ayam boxing jugak kat sini. Tadi tgk kat rumah Zila.. Ish..korang ni.. suka berboxing di dapur ye..hehehee

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

sedap nye.. pandai akak masak yea..

Bicara Kak Noor berkata...

aduh sedapnya ayam tu Rohah nampak macam ranggup kerup kerup je,kena sekali boxing tu mmg kenyang ni....

thanks Rohah sudi follow up akak yg tanya tu thnks sekali lagi insyaallah lain kali nak suruh bibi goreng tempe alah Rohah lah pasti sedap bangat kan

dZana berkata...

ayoo.. boxing pulak.. akk tak sempat nk berboxing .. hihihi.. sedap mkn ratah2 ni rohah.. good idea.. klau ada masa nnti boleh akk cuba

Shiela berkata...

Assalam Rohah.. terliur akak nengok ayam boxing tu laa.. :b

HALAMANKU berkata...

Salam kak Rohah.. wah lagi puas ati pakai peha dari pakao kepak yang conet tu.. kak memang best.. sebenarnyer tak pernah buat selalu tinggal mkn bila order kat kedai.. tqvm kak.. ngan cara tu blh erma try lak lepasni.. he he he semangat..

inahar ali berkata...

daapnyer rohah..lehla try resipi ayam boxing ni nnti..x pernah wat sendiri pun sebelum nih! mekacehh ye rohah!

zila norazila berkata...

salam sayang rohah,
jom bertinju ..amboii sedapnya..siap ada sos lagi kan..:) yummy tue..

Amie berkata...

Wah! Menjadi ye tinjunya tu Rohah... lepas makan kita bertinju pulak ye.... he he hehehh

Qasey Honey berkata...

slm Kak Rohah sygg...wah bru sje QH amik resepi chicken chopp tu...dah ade boxing lak..harus cuba lg ni...nmpk sedap tu..leh 4 ketuii skali ngappp ni..hihi

psttt: terima kasih bebanyak yer...resepi chicken chop tu..mmg sedap..kalah kalau mkn kt kedai tu...nyummm...spi skrg trasa2 lg kesedapannya...bkn bodek tau...seriussss