Tuesday, 18 September 2012

IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA THAI


Assalamualaikum..
Selamat petang dan selamat minum sore..Apa menunya untuk ngudap2 petang ni? Ada yang makan karipap pusing tak?..Orang kat sini  teringin makan laa..Asyik malas je nak buat ni, tunda, tunda dan asyik tunda!!.Manalah nak jadinya kan..Mintak2 mood kerajinan tu datang secepat mungkin..Bahan-bahnnya dah lama menanti terutamanya ubi kentang..Takut ubi kentang tu rimbun dengan tunaslah pulaknye..huh!
O.k lah, petang ni sajian yang ke udara adalah siakap stim..memang sedap sangat resepi dari Mel ni, tq banyak2 ye Mel coz sudi kongsi resepinya.Saya masak untuk hidangan seekor ikan siakap, so saya gandakan je bahan-bahannya.Resepi yang kat bawah tu adalah sukatan asal dari Mel.Next time boleh buat resepi ulangan..asyikk..
IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA THAI
resepi:Mel

Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
Garam, gula
Daun ketumbar, daun bawang

Cara:
1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang.


11 comments:

LinRosly said...

Assalamualaikum Rohah :D
Perrrhhhh!! Sedapnya Ikan Siakap Stim ni...asyik telan air liur jer Kak Lin ni...mengoda sungguh!

Nakkkkk Jugakkkk!!! hehehehe

Amie said...

Ini resepi kegemaranku Rohah...sampai tulang & sirip mesti jadi mangsa isapanku...

zila norazila said...

salam syg rohah,
akk pun suka ikan msk stim..leh kurus klu mkan camnie kan sihat:) nampak sedapp..

ibundo said...

makanan sihat. Bundo boleh ratah 1/2 ekor tu sorang-sorang tak payah makan nasi.

rahel said...

Adededeeee...ni betul2 menu untuk kesihatan gue...jemput makan..

ijayuji said...

Salam kak roha!!! ikan ni lerrr yg byk ada kat pasar2 :D jarang jumpa ikan kecik2 kalau kat sini, ada tu ada tp tak byk jenis yg mcm ada kat mesia sbb tu kita boring betul kalau nak mencarik ikan kat pasar sbb asyik2 ikan tu jerrrr hihihi... pastu byk ikan sungai jugak :D

Mamasya said...

Aslmkum Rohah.rasa mcm baru singgah dapur Rohah tp dah berderet2 menu terhidang....semua nampak menyelerakan...terliur nengok. lauk ikan siakap stim nipun nampak sedap....nanti boleh cuba.

Qasey Honey said...

aduh sedapnye...ala2 menu diet gitew bile masak cara stimm...xthn tgk lelama ikan duk blingkor ats pinggan tu...jadi lapo...

zimah ismail said...

slm..lgu pe yg sedp ni..
sedp mcm ikn siakp ni..hu2

siti kamariah said...

terliur rasanye.....mmg nak cube pasni

farid lembu said...

Nyum...nyum...sedaap..