Rabu, 12 September 2012

ACAR JANTUNG PISANG



Assalamualaikum..
Salam manis buat anda semua.Moga ceria2 selalu di samping menjalankan aktiviti harian bersama keluarga mahupun rakan2 setugas.
Kali ni, saya tunjuk ACAR JANTUNG PISANG pulak.Resepi yang mudah sekali ni harus dicuba, insyaAllah tak mengecewakan.Saya pun 1st time buat ni.Satu hari terpandang resepi ni kat majalah, terus jatuh cinta nak buat.Ada bayangan sedap..memang sedap pun!!! Itu kata tekak sayalah ye..lain tekak, lain "katanya".
Sesiapa yang teringin nak buat boleh rujuk resepinya kat bawah.Bye bye..

ACAR JANTUNG PISANG
Resepi:Chef Nor Asmawati Nor Din
Sumber:Majalah RASA /Mei 2012

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang 
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | kisar
50gm udang kering | dikisar (saya kurangkan )
1 biji bawang besar | dibelah empat
200ml santan pekat
2 sudu besar cuka
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak scukupnya

Cara memasak:
1.Jantung pisang dibelah empat, kemudian dicelur.
2.Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
3.Selepas itumasukkan santan dan air secukupnya.
4.Masak sehingga mendidih dan masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
5.Kemudian masukkan jantung pisang dan bawang besar yang dibelah empat.
6.Masak sehingga pekat dan angkat.

5 ulasan :

ijayuji berkata...

Salam kak rohaaa! Selamat malam :D kita dtg mlm2 ni kak ehehe... Sedapnya jantung pisang! Kita suke jantung pisang tak kira lah dimasak apa sekalipun mmg sukeeeeee sgt2 :D

rahel berkata...

Selamat pagi kak rohah...
Waaaa...bikin kecur aje ni acar jantung pisang...yang dlm mangkuk tu punya gue kan...

~~zana@pb~~ berkata...

Tengok org masak mmg sedap tapi akak ni jarang betul makan jantung pisang. Dah tentulah tak pandai memasaknya...hehe..

Mamasya berkata...

Salam Rohah.nampak menarik resepi acar jantung pisang ni.....dah lama tak mkn jantung pisang.

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Rohah :D
Kak Lin tk pernah lagi buat Acar Jantung Pisang, kalau buat masak lemak adalaaa...
Insya Allah boleh cuba ni...