Rabu, 26 September 2012

ROSEMARY GRILLED CHICKEN (AYAM PANGGANG ROSEMARY)


Assalamualaikum..
Salam sejahtera  dan selamat malam buat rakan maya yang dikasihi..Semoga kalian dalam rahmat Ilahi dan di dalam hidayahNya sentiasa.

Kali ni saya kongsikan resepi ayam panggang yang harum dengan bau-bauan rempah rosemary yang sangat enak, apatah lagi bila dapat dirasa dengan lidah kita, tersangatlah lazat!! Ternyata sebelum2 ni memang ramai rakan maya yang dah mencuba resepi ni, kali ni giliran saya pula..Anda yang dah pernah mencuba tentu dah tahu jawapannyakan...So, sesiapa yang belum tu bolehlah rempit dr sekarang..hehe..

ROSEMARY GRILLED CHICKEN@ (AYAM PANGGANG ROSEMARY)
Resepi:Majalah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (saya potong biasa/ stock camtu je yg ada..)
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa (saya tak letak)
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby karot (saya gantikan dengan lada benggala)
Sedikit mentega

Cara penyediaan:
1.Ayam dipotong 4 atau dibiar tidak dipotong kemudian dibersihkan.Ketepikan dulu.Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam.Gaul rata.
2.Panaskan minyak zaitun.Goreng bawang putih hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan dulu.
3.Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4.Mauskkan bawang putih yang telah digoreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5.Masukkan lebihan minyak zaitun (masa menggoreng bawang putih) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah yang telah ditumbuk tadi.Gaul rata.Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6.Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam.Masukkan ayam dalam beg berzip dalam peti sejuk beberapa jam.(saya masukkan dlm tupperware)
7.Kentang dikopek dan direbus 3/4 masak.Ketepikan.Lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang.
8.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot dalam tray pembakar.Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180-200 darjah celcius selama 1 jam.

11 ulasan :

Fuat Gencal berkata...

Çok güzel görünüyor. Ellerinize sağlık.

Saygılar.

Bicara Kak Noor berkata...

aduii nyaman tengok grilled chicken tu macam nak buat jugak ni
Rohah
apa yg dickp oleh orang atas tu cuba translate nak jugak tau apa katanya..

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! selamat pagiiiii!!! bestnya ayam golek2 gini lama sgt tak buat, nanti boleh buat sbb ada rosemary dlm sebok :D bila ntah nak rajin nii :D

Marsita yahya berkata...

salam Roha,
moist nampak ayamnya...mesti sedap..

inazamri berkata...

bestnye kalau dpt mkn time bekpes pagi2 ujan camni...perut lapar sudahhhh...

Mieza berkata...

Rohah..sedapnya ayam panggang...ayam panggang dgn rosemary mmg the besh sbb dia wangi...kalau dok dekat boleh menempek kat umah rohah...harap rohah sudi terima kunjungan mieza hahahha

Norzie hany berkata...

Nampak pun dah tahu mesti sedap.Belum pernah cuba lg resepi ni.

Asyifa Mustaffa berkata...

bole di try test nie...mcm best je dah pulak anak tekak nie melihatnya.....

Nuwairani Ismail berkata...

akak! kite dah tak tahu berapa kali buat ayam panggang rosemary ni. memang sedap rasanya. selalunya kita perap semalaman. memang terasa rempahnya sampai ke tulang.sedapppp sangat!

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah. Happy Anniversary juga buat Rohah.moga tambah bahgia...rukun damai rumah tangga bersama anak2 tersayang. tak sangka ramai juga yg anniversary bulan Sept.puding sagu love tu simbolik anniversary ya...
Ayam panggang rosemaryy ni mmg sedap....nengok Rohah hidangkan ni terliur pula.

Wana Yusuf berkata...

salam Rohah...

ayam tu mmg nampak sgt lazat.... thanks sudi cuba resepi tu... salam kenal dan follow sekali..