Rabu, 5 September 2012

PUDING KOKTEL BERKUAH

Assalamualaikum ..
Jumpa lagi....
Dah habis berziarah dari rumah ke rumah ke?
Ada yang hidangkan koktel tak? ehee..Ntah nape ntah kebelakangan ni asyik nak menyantap menu dessert je tekak ni, rasa puas rasanya bila dah dapat.Kalau kebetulan cuaca agak panas terik, laaagilah best..kan!

Berbalik kepada resepi rasanya semua org dah tahu tentang dessert ni dan lebih kurang sama je kan dengan resepi rakan2 lain kita di luar sana..Apapun saya letak jugalah resepinya kat bawah sebagai rujukan bersama, manalah tahu ada yang belum pernah mencuba..
PUDING KOKTEL BERKUAH
Sumber:Lina

Bahan-bahan:
Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat.Sentiasa kacau supaya adunan tidak brgentel
2.Tuang dalam loyang atau bekas kecil-kecil.Sejukkan.

Kuah
1 tin susu cair
2 tin air (sukat dengan tin susu cair)
1 tin fruit koktel(ambil buah sahaja)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tpung kastad

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel.Masak atas api (sekejap je).

nota rohaisha: tambahkan ais, bertambahlah sedapnya...



10 ulasan :

rahel berkata...

Salam kak rohah...
Nyaman je pudong koktel itew...satu mug pun jadi la...hehehe...

inahar ali berkata...

selamat hari raya maaf zahir batin wat rohah sekeluarga ye!

ijayuji berkata...

Salam kak rohah, sedapnyaaaa! Kita mmg suke puding2 berkuah gini, ada hirisan2 buah lg ler sedap, puasa2 mmg best dpt mkn sejuk2 :D

Ena's Palace berkata...

sedapnyer...feberet sy nih!..
terasa cam nak makan plak...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Rohah, sedap je nampak puding koktel berkuah tu, serjuk tekak

EmbunRosaliza berkata...

4 kali baru betul WV, akk rasa baik rohah buang WV tu susah org nak komen, mungkin tak perasan kut ada Word tu

Sari Yusa Ibrahim berkata...

ini dessert wajib bila raya, kannnn.. hehehehe

Amie berkata...

I loce cocktail but... suka yang orang lain buat he he he heh ngada2 ye!

Mamasya berkata...

Salam Rohah. puding koktel berkuah ni mmg favorit akk.....dan sesuai utk hidangan tetamu sbb ramai yg suka....
Happy belated besday Ismail Harraz.

zila norazila berkata...

sedapp..akk dah lama x buat rohah..buh ais lagi la best:)