Salam.
Beberapa hari lagi syawal meninggalkan kita.Semoga kita dapat bertemu lagi Syawal di tahun hadapan insyaAllah.
Dah bersarapan ke kawan2 semua pagi ni?Mudah mudahan dapat menikmati sarapan yang enak2 dan berkhasiat.
Hari ni saya "keluarkan" menu sotong.Ni pun lauk time bulan puasa hari tu.Tiba gilirannya untuk ditayangkan hari ni..hehehe..lemau sudah!!.Ringkas je, tapi yakin enak sekali..Makan sekali, rasa nak lagi!!..selamat mencuba!!
SOTONG GORENG TOM YAM
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
500gm sotong | potong
1 labu bawang besar | potong lapan
4 ulas bawang putih | ketuk
2 tangkai serai | ketuk
5 helai daun limau purut
1 paket perencah Tom Yam ADABI
1/2 biji cili capsicum merah | potong
1/2 biji cili capsicum hijau | potong
Cili padi secukupnya (jika mahu)
Cendawan tiram secukupnya
1 biji tomato | belah empat
Garam
Gula
Minyak untuk kmenumis
Cara:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga naik bau (jangan sampai layu sangat).
2.Masukkan pes tomyam ADABI.Kacau rata.
3.Masukkan sotong, cili capsicum dan daun limau purut.Kacau dan kuali tutup sebentar.
4.Masukkan cendawan dan tomato biji.Perasakan dengan garam dan sedikit gula, kacau rata.Tutup beberapa minit (jangan terlalu lama).
9 ulasan :
Salam kak rohah, sory lama x singgah sini, maklumlah guna 'line bajet' yg slow giler, hehe...hari ni macam2 menu tom yam saya nampak semuanya nampak sedap, yang ni lagilah, sotong pulak tu, nyummm...
salam Rohah
akak pun alam tak jenjalan kat blog kaenkawan sbb busy sngt tapi alhamdulillah skrg ni dah kureng busy boleh lah jenjalan lagi sedap tu nmpak sotong tomyam woo....
wah sedapnya sotong
saya suka makan tapi kekadang tak tahan alahan, kegatalan nanti tapi menu ni nampak menarik betul
Erm..nampak sedap..nyumm2..terima kasih kerana sudi komen di blog saya..
sedapnya rohah,
akk pun rajin jgk masak camnie..makan dgn nasi panas..adusszz:)best
Assalamualaikum Rohah,
Menitik air liur Kak Ros nih he.he.....nampak sedap sangat,terima kasih kongsi resepi ya Rohah....
salam kak rohah.. arini mmg hari tom yam kot. tun baru BW 3 dapur yg tayang tom yam. hihi.... tun peminat tomyam, lagi pedas lagi lajuuu tun makan. hihi
Boleh cuba ni.Memang feveret kalau ada kaitan dgn tomyam ni. Mana tahu kena dengan selera mel..hehehe ^^
Assallamualaikum Rohah.. Are you mengidam?? Ada aper2 ker? Tapi naz nak rasa tomyam tu. Nampak lazat sangat..
Catat Ulasan