Assalamualaikum...
Salam ceria, bersua lagi alhamdulillah..Kelam cucca petang ni, musim hujan dah bermula, semoga kita sentiasa diberi kesihatan dan dapat menjalani kehidupah seharian dengan tenang insyaAllah.
Hari saya berkongsi resepi yang simple dari hati lembu.Dah menjadi pebret menu ni, tapi tak selalu makan hati lembu ni, nanti makan hati berulam jantung la pulak..heehe..
O.klah, menu yang biasa2 je, dan resepinya bolehlah dirujuk di bawah ye...Sedapnya makan hati lembu...ummmpphh!!
HATI LEMBU MASAK KICAP
Resepi:Rohaisha
Bahan-bahan:
400gm hati lembu | rebus & hiris (rebus satu jam)
1 labu bawang besar* | kisar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih* | hiris
4cm halia* | kisar
2 kuntum bunga lawang
1batang kulit kayu manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu besar kicap cair
1 cawan air
3 tangkai cili kering | potong pendek dan rendam air panas
1 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu kecil lada putih kisar
Garam
Gula
Minyak masak
Cara:
1.Cuci bersih hati lembu, dan rebus selama 1 jam atau sehingga empuk.Toskan dan potong ikut kesukaan.
2.Tumiskan bawang besar, bahan kisar hingga layu.Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.Kacau hingga naik bau.
3.Masukkan kicap pekat, saus manis ABC dan kicap cair bersama air.Renehkan sekejap.
4.Masukkan hati lembu, kacau rata dan tutup kuali sekejap dengan tudung periuk.Biarkan hati masak dan empuk.Masukkan cili kering, lada hitam, lada putih, garam dan gula.Biarkan sekejap dan tutup api.
5.Hidangkan.
9 ulasan :
Sedapnya hati lembu...dah lama tak makan hati lembu.
As'salam Kak Rohah...
sedapp nyer! Dah lama tak makan lauk nie......
makan ngan nasi panas2 memang mengasyikkan~ ;)
buat pgemar hati lembu ni mesti suka kalau nmpk resepi ni..QH xmkn termasuk la dagingnya jugak..hehe
Sedap ni hati lembu masak kicap.....konfirm laju ko punya meter kan kak...hehe.
lama tak makan hati lembu masak kicap, sedap memng suker akak ni kalu yg berkicap he he insyaallah raya haji ni dpt hati baru boleh masak he he
terbaekk.. memang peberet akk ni Rohah..
Ratah pun sodappp..kalau nk mkn ngan nasik akk suka berkuah sikit..hehe..kalau kering gini mmg best ratah
sedapnya rohah,
biasanya tunggu raya jew baru mak akkk masak hati lembu nie..so ari jumaat nie dapat lah mkn ..he hhee memang best klu ratah2 jew:)
sedap nye.. Terima kasih perkongsian ini.
boleh cuba nanti ni.
Catat Ulasan