Assalamualaikum..
Selamat petang dan salam manis buat pengunjung2 Damai Qalbu.Semoga ceria-ceria selalu disamping menjalani aktiviti harian.
Terus kepada resepi yang dikongsi hari ni iaitu Kek Lapis Chocholate Peppermint.Kek ni dibuat pada ramadan tempohari, sebagai hidangan untuk tetamu pada Syawal yang lalu..tetapi lambat untuk dikongsi kat sini.
Berminat sangat saya dengan resepi olahan brother Rozzan ni. Kebetulannya saya masih ada stock esen peppermint yang belum dirasmikan lagi.sesuai sangatlah tu.Pada saya kek lapis ni agak menarik coz tergabungnya 2 rasa yang agak unik, rasa coklat dan rasa segar2 pudina macam baru lepas memberus gigi pun ada bila makan kek ni.hihi...
TQ untuk Br@Rozzan dengan perkongsian resepinya..insyaAllah boleh buat resepi ulangan lagi.
KEK LAPIS CHOCHOLATE PEPPERMINT
Resepi olahan:BR@RSR
Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
6 biji telur (saiz besar)
80gm sekaya
250gm susu pekat manis
80gm Horlicks
2 sudu teh esen peppermint
2 sudu besar serbuk koko*
1/2 sudu teh esen vanila*
3 sudu besar air panas* | dicampurkan dan dijadikan pes coklat
Secukup pewarna hijau
160gm tepung Hong Kong @ tepung kek
Loyang berukuran 7"x7" | dialas dengan kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang
Cara:
1.Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).
2.Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati.(kira-kira 4-5 mnit)
3.Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks.Pukul lagi hingga rata.
4.Perlahankan lagi speed (slow, sekadar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung Hong Kong dan biarkan adunan sebati.Jangan terlalu lama, kira-kira1-2 minit je ataupun anda boleh gunakan kaedah fold-in method bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur atau mentega tadi.Tak payah gunakan mixer.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i)1 bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau
ii)1 bahagian lagi dibubuh pes coklat
6.Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 180-190 darjah celcius, api atas dan bawah.Bubuh 2 senduk adunan coklat ke dalam loyang kek lalu ratakan.Bakarlah lapisan pertama ini sehingga masak.(kira-kira 6-7 minit).Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sikit dengan penekan kek lapis agar rata.
7.Kemudian tukar suhu ketuhar kepada 200-210 darjah celcius (api grill/ atas sahaja).Bubuh pula 2 senduk adunan peppermint/ hijau dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit).Bakarlah berselang seli warna cokelat dan hijau sehingga selesai semua adunan.
Note rohaisha:untuk suhu oven saya sarankan ikut kesesuaian suhu oven masing2 untuk elakkan sedikit hangit pada setiap permukaan kek.Next time saya pun kena adjust sikit suhu tu (kurangkan).
15 ulasan :
Salam kak rohah! kita teringin jugak nak buat kek lapis peppermint tp serbuk dia takde jdnya kena letak kat barisan belakang sekali utk resepi ada peppermint ni hihihi... rasa apa eak? rasa berangin ya kak? ehehe..
terasa angin nya kat sini
As salam rohah? Kak rohah? Apa2 la kan janji kita rok! Gehehe...selamat berkenalan. Alang2 dh kenal ni takkan ckp2 kosong je ye tak....kek tu raya punya ye...tkpelah raya aji ada lg kan...hehe...menawan je lapisan nya tu...dan talam tokyo yg saya dh tingin lama nk buat...mesti sedap tu...
waduh..cun banget kek lapis rohah ni..kemas jek..bak akak sepotong? rasa berangin2 ye rohah? hehe!
sedapnyer...jeles tau kat org yg pandai masak nih..! hehehe
selamat malam
sedap ni rasa mint tu kan
sukernya tgk org melapis kek ni cantik2 je
entah bila nk melapis he he
mnariknya...harus cuba la..nmpk sgt sedap..tentu berangin2 bile makan..hehe..amik resepi yer..tq
rasanya mcmne tu rohah..jeless akk sana sini org melapis..uiitsss..mesti sedapp..tggu akk rajin baru boleh buat nie..tgh kumpul semangat nie..))
Cantiknya gabungan hijau dan coklat, rajin betul Rohah ni. Kalau dekat, akk join sama tp bg bahan je ler....:-)
assalam rohaisha..
rajinnye dia melapis... nampak sedap kek tu.. gabungan coklat & peppermint mmg sedap.. tp ada sesetengah org tak suka katanya kek rasa mcm ubat gigi.. hehe...
Wah...kek lapis la pulak...mcm trend melapis pulak skarang ni kak Rohah...i jeles tau dengan kek mu itew..
Rohah, Assallamualaikum..
Cantik dan kemas lapisan. Naz suka gak pergi blog bro Rozzan ni. Bnyk kek2 lapis kat situ kan..
Kemas jer nampak lapisan kek tu Rohah.. mesti wangi bau dia kan.. nak sepiring.. hehee..
Cantiklah Rohah... layernya pun seimbang kakak tengok menarik. Gambar dahlah jelas buat mata kakak tak kelip macam nak makan jer rasa:)
Cantiknya lapisan kek ni Rohah,akak belum pernah lg buat kek lapis.
Catat Ulasan