Isnin, 22 Oktober 2012

TALAM CENDOL


Assalamualukum..
Salam pagi isnin yang mendung, walau bagaimanapun semoga cuaca yang Allah beri hari ini memberi manfaat buat kita, bukanlah sebaliknya.Apa khabar rakan-rakan yang dikasihi, didoakan sihat dan ceria2 hendaknya.

Hari ini dapat saya bersiaran dengan resepi Talam Cendol Chef Asma yang sedap.TQ kepada Kak Badaria kerana memanjangkan resepinya.Boleh dibuat resepi ulangan di masa akan datang.Boleh rujuk resepinya di bawah ye.Selamat mencuba..

TALAM CENDOL
Sumber Resepi:Kelas Talam Chef Asma
Sumber:Bdaria

Lapisan Bawah
Bahan-bahannya:
Bahan A:
200gm tepung beras*
250gm santan pekat*
450ml air*
1 sudu besar tepung jagung*
150gm gula kaster (saya guna 120gm sahaja mcm Kak Bdaria)
1 susu teh garam

Bahan B:
100gm cendol@1 paket kecil

Cara-Caranya:
1.Satukan bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk.Masukkan bahan lain di bahagian A.
2.Masak bahan A sehingga naik wap.(Jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau.Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
3.Angkat dan masukkan cendol.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah disapukan dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
5.Kukus selama 25 minit.
6.Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.

Lapisan Atas:
Bahan-bahannya:
Bahan A:
300gm gula merah (saya guna gula melaka)
50gm gula kastor
500ml air

Bahan B:
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji telur kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2.Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk.
4.Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.




10 ulasan :

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah dan selamat pagi.
Cantik dan kemas potongan talam cendol ni.sedapnya buat sarapan pagi.

Amie berkata...

Morning Rohah... gambar terakhir dengan sepotong talam cendol tu gawe aku yo...

Qasey Honey berkata...

cantik betul kejadian kuih talam cendol ni...kemas n nmpk kenyal2 gitu...sedap dmakan sejuk2 ni..

zila norazila berkata...

licin jew permukaanye..akk dh lama x buat talm rohah..

Marsita yahya berkata...

emmm, sedapnyer...

hazila berkata...

Betul kata zila, kemas je potongan talam tu. nampak sedap tau...

Yatie berkata...

mmng sedap talam cendol ni, Yatie pun buat ikut resepi ni..mmng sedap sangat..

rahel berkata...

memang terbaik dari ladang...nasib baek jauh..klu dekat dah ku angkat satu talam..hehe..cantik dan kemas potongan kuih ni kak...akak guna pemotong brownies k?

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Talam cendol ni mmg bestttt sangat.. naz pun pernah buat... Suka yg lapisan atas tu..heheheee..

tun_telani berkata...

salam kak rohah.. tun teringin jugak nk buat talam2 nih, tp selalu fail. huhu.. xtau la nape, talam ni xsuka kt tun.