Jumaat, 26 April 2013

KUIH BAKAR KEMBOJA

Assalamualaikum..
Dulu masa kecik2 saya memang penggemar tegar kuih bahulu kemboja yang original yang jenis berkerak gulanya tu..Memang setiap kali jualan di bazar ramadhan pun, memang bahulu kemboja yang fesyen itu yang dijual oleh peniaga.Mentelahan juga nenek saya memang pandai buat kuih bahulu kemboja yang rupa itu.Tapi sayang, saya belum berkesempatan menimba ilmunya.Nenek saya sekarang telah mencapai usia 90-an, alhamdulillah beliau masih cergas sekalipun sesekali mengalami demam akibat usianya yang lanjut.

Teringat suatu ketika dulu, saya kerap juga "menonton" beliau membancuh kuih kemboja ni (di kg saya kami panggilnya sebagai Bahulu Kemboja), tapi saya dah tak ingat kelengkapan bahan2 dan sukatan yang sepenuhnya yang beliau gunakan untuk membuat kuih ni.Hanya semangkuk gula pasir dan semangkuk telur je yang masih segar diingatan saya.Mangkuk yang digunakan ialah mangkuk basuhan air tangan zaman dulu2 tu.Cara membakarnya pun masih menggunakan sabut dan zink..Penuh kesabaran saya tengok..
Kuih kemboja yang asli memang manis dan lemak sebab menggunakan telur, santan pekat dan gula yang banyak.Tahan lama pada suhu bilik pun ia..Tapi risau juga nak jamah banyak2 kuih semanis itu kan..jauh di sudut hati teringin juga saya mencedok resepi nenek saya tu satu hari nanti insyaallah..jumpa dia pun jarang2..sebab rumah bonda dan rumah nenek memang jauh.

Untuk kuih bakar kemboja yang ni saya dapatkan sumbernya dari Wani.Saya ikut sahaja sepertimana yang telah Wani olahkan resepinya dari sumber resepi asal untuk sukatannya.Ternyata lembut dan sedap.Tq kerana berkongsi resepi.
KUIH BAKAR KEMBOJA
Sumber:JoAyee

Bahan-bahan:(4 biji untuk acuan kuih kemboja)
1 cawan gula (guna 1/2 hingga 3/4cawan sahaja)
1 cawan jus pandan atau 1 cawan air+1 sk pandan paste (tambah 1/4 cawan air untuk dapatkan kuih yang lembut)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan@450 ml air
2 sudu besar butter  dicairkan
3 biji telur (jika tak nak tambah 1/4 cawan air, boleh tambah sebiji telur lagi)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Campurkan semua bahan.Blend sampai sebati dan tidak berbintil@berbiji.
2.Masukkan dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan.Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180 darjah celcius sampai garing di permukaan.

9 ulasan :

Amie berkata...

Isuk2 teko wes eneng kuih kemboja... emakku sukak banget kuih iki!

mama sara nur berkata...

Assalam Rohah
sedap kuih bakar ni, akak pun dulu mak selalu buat ktorg buat sarapan pg cuma tak letak dlm acuan kemboja
kat n9 umah sil tiapkali kenduri x sah kalu x ada kuih ni he hee

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sedapnyer.. kuih2 tradisional ni mmg sedap makan, tp xleh mkn selalu, mmg diabetes jd nyer.. hihi..

syapex berkata...

memang sedap kuih ni...
lagi2 kt kerak tuu...

norzila berkata...

kak rohah zila kalau jumpa ni mesti nak beli..sebab xreti buat..yang byk kerak lagi best..tapi ni pun xtahan dah tengok

rahel berkata...

Sedapnya...suka rasa lemak2..

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah
tang kerak tu yg sedap kuih bakar ni....lemak2 manis...sedapp

dZana berkata...

aslmkum rohah, paling best part kerak tu.. buat guna acuan gini mmg puas makan kerak.. akk terus terasa nak buat ni.. kihkihkih.. pantang tgok .. nafsu oh nafsu.. selamat berhujung minggu..

ummiaisyah berkata...

kami pon panggil baulu kemboja..paling best kalo buh byk2 bijan kt atas tu..cantik kalernya tu..just nice