Rabu, 10 April 2013

KOCI LABU & AWARD DARI NASYA


Assalamualaikum...
Selamat malam.N3 sebelum ni berkisar dengan buah labu, kali ni pun masih ada kaitan dengan labu.Balance buah labu masak lemak hari tu saya jadikan kuih koci..Lama tak buat koci, memang rindu sangat dengan kuih ni.

Sebelum ke tulisan seterusnya, saya ingin berterima kasih banyak2 pada Nasya kerana sudi bagi Award, siap menjemput lagi.Rasanya ramai lagi rakan seangkatan yang menerima jemputan yang sama.Semoga kita semua dapat sama2 meneruskan kemeriahan di alam maya ini dengan tujuan yang baik dan mendapat manfaat yang luar biasa di atas segala perkongsian yang ada.Cute award dia kat bawah tu:
Thanks Moni, Candy :)

Biasanya saya buat dan bungkus kuih koci style kon, dan tepung yang siap diisi dengan inti saya golek2 kan dalam minyak masak sebelum proses membungkus.Koci labu saya yang sebelum ni, SINI.Kali ni tekak mengada2 nak makan koci yang bersalut santan dan bungkusannya yang berlipat kiri dan kanan..Kiranya first time balut koci style gini.Hentam saja, kalau tersalah jangan ada yang marah ye..heheee.Suka pulak tengok kuih koci Kak Chah..tu yang refer resepi di blognya..Tq banyak2 lah Kak Chah ye..sedap lembut dan tak liat resepi kuih kocinya.Boleh buat lagi.

KOCI LABU
Resepi:Bonda tercinta Kak Chah
Sumber:Kak Chah

Bahan-bahan:
Untuk Inti:
1/2 biji kelapa parut
2/3 keping kelapa gula melaka (saya guna gula merah)
Gula pasir
2 helai daun pandan  dikoyak & disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
1.Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
2.Masukkan simpulan daun pandan.
3.Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit.Sejukkan.

Untuk Kuih:
1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek.
1 1/4 cawan tepung pulut
Sedikit garam halus

Cara-cara:
1.Hancurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata.Adunan akan melekit sedikit pada tangan.Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.

Untuk sapuan pada kuih:
1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara:
1.Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
2.Masak dengan api perlahan.Masukkan garam.
3.Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.


Cara-cara untuk membungkus kuih:
1.Gentelkan inti sebesar saiz duit 20 sen.Ketepikan.
2.Ambil adunan tepung anggaran sebesar duit 50 sen dan bungkus inti tadi.Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan tepung gandum.
3.Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
4.Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
5.Kukus kuih kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak.

11 ulasan :

kak ruby berkata...

Rohah kak ruby memang suka sngt2 kuih ni, dah lama tak wat.......

zila norazila berkata...

Dua hsri lps baru mkn koci labu nie rohah..mmg sedap ..3 ketul skali ngappp

Unknown berkata...

Salam Rohah.
Sedapnya dapat makan kuih koci labu...dah lama yati tak membuatnya.

Yatie berkata...

perghhhhh sedap ni kuih koci labu, kalau kuih mcm ni mmng kegemaran akak...kalau makan 5 ketul pun boleh...

Unknown berkata...

waaaaa kak rohah zila mauuu...alahai sgt suka koci labu ni kak..lemak manis gitu kan..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

akak suka sangat makan kuih koci, kalau dapat inti macam Rohah buat ni memang tak cukuplah tiga ketul, sedap kenyal2 gitu, kannn...

asyifamustaffa berkata...

lemah la badan tgk kuih akak nie...huhuhu.....

tun_telani berkata...

Uuu uuuu.. sedapnyerr!!!!!!!! tun susah nk dapat daun pisang :( xbyk jual, pokok2 pisang byk je kt tepi jalan, tp nk amik takut ada tuan pulak.

Mori Said berkata...

pandainya rohah buat... mori lom lagi mencuba...hehehe

rahel berkata...

Sedap kuih koci labu tu Kak Rohah....
Wah...tahniah dapat award....

Unknown berkata...

Terima kasih share resipi. Hari ini juga nak try buat