Rabu, 24 April 2013

FETTUCINE CARBONARA CENDAWAN & SWEDISH MEATBALLS


Assalamualaikum..
Berkongsi menu Fettucine Carbonara Cendawan yang enak bagi penggemar menu berasaskan pasta.Sebelum ni pernah juga saya sediakan sos carbonara di SINI, sedap..bolehlah rujuk di situ ye.Kali ni menggunakan resepi Noraini Zakaria dalam buku beliau.

Untuk menambahkan keenakan menikmati hidangan pasta ni, saya cuba gandingkan dengan bebola daging yang sangat enak.Resepinya boleh dirujuk dalam versi English di SINI.Namun untuk rujukan saya, telah saya versikan ke Bahasa Melayu  mengikut kefahaman saya.Boleh juga rujuk di blog Hayati Zain, tq kerana sudi berkongsi.

FETTUCINE CARBONARA  CENDAWAN & SWEDISH MEATBALLS
Resepi:Noraini Zakaria (SPAGETI CARBONARA CENDAWAN)

Bahan-bahan:
250 gm spaghetti
1 sudu  teh garam
1/2 sudu teh minyak masak

Bahan B:
1 tin sos Prego Carbonara Cendawan
1 ulas bawang merah | hiris halus
1 ulas bawang putih | hiris halus
5 biji cendawan butang
3 sudu besar minyak masak | menumis
1 sudu teh serbuk lada hitam (boleh kurangkan jika perlu)
1/2 cawan air (saya tambah)
Garam secukup rasa

Cara:
1.Didihkan air dalam periuk.Masukkan garam dan minyak.Rebus pasta 5-7 minit hingga empuk.Angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga berbau.
3.Masukkan Sos Carbonara, serbuk lada hitam, cendawan, garam dan air secukupnya.Kacau rata dan angkat.Hidangkan dengan pasta.
SWEDISH MEATBALLS 
Resepi:taste.com.au
Sumber:Hayati Zain

Bahan-bahan:
2 keping roti putih | buang tepinya, koyak2kan
1 biji bawang merah besar | parut (saya cincang)
500 gm daging lembu kisar (saya guna daging kisar Ramly)
1 biji telur | dipukul
1/2 sudu teh rempah campuran
1/4 sudu teh serbuk buah pala
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk paprika**
Sedikit garam**

Cara:
1.Letakkan roti ke dalam mangkuk.Tambah susu.Biarkan selama 5 minit.Tambah bawang bawang, daging, telur, rempah dan garam.Perasakan dengan garam dan lada (lihat di atas **).Campurkan bahan-bahan, gaul sebati.Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.Letakkan di pinggan.
2.Panaskan minyak dalam kuali/ pan, goreng dengan api sedehana besar.Balik-balikkan meatball selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.Setelah masak, letakkan di pinggan.

nota: untuk kuahnya, saya tak ikut dalam resepi asal, sebab saya guna Sos Prego Carbonara.




10 ulasan :

ady berkata...

salam
Sounds delicious too!

suryabil berkata...

Pasti nya sedap..hujan2 ni best kalau dpt sepinggan..hehehhe

Amie berkata...

jowo uuduk sebarang Jowo iki... iki Jowo wes biru mataney hihihiii...

Suzana Ibrahim berkata...

saya suka makan pasta.nanti nak cuba buatlah nampak sedap tu!

asyifamustaffa berkata...

oh kak.rohah...! berwesternfood plak dah....sedapnyaaaa....!

Cheq Sue berkata...

uiiii kak, jelesnya tengok, rasa macam nak terkam je skrin ni, dah lama tak buat

ibundo berkata...

wuih.. makanan omputih nampak.. sodappp..

Tanpa Nama berkata...

Fuyoo menu omputeh, sedapnya, dulu penah try buat tp tak laku

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedapnyerrrr... lama akak tak msk pasta sejak2 anak sulung di asrama... carbonara ni anak2 suka..

Melly Octaviana berkata...

tengok pun dah tau kalo sedappp.. meat ball..oh meat ball... ;)