Khamis, 18 April 2013

KARIPAP RANGUP



Assalamualaikum..
Suka makan karipap, tapi malas nak buat..Gitu kisahnya..Selalu beli kentang dengan niat nak buat inti karipap, tapi asyik jadi benda lain..buat suplah, cucurlah...:D, maklum..ribut M melanda selalu bila time nak buat inti.


Banyak versi untuk membuat kulit karipap, ada yang rangup, rapuh dan sebagainya.Kiranya kuantiti @ saiz bahan mentah yang terkandung dalam adunan itu sendiri yang membezakan karipap itu menjadi rapuh, lembut dan sebagainya.


Berkongsi adunan karipap yang agak unik kali ini, sebab selain tepung gandum dalam bancuhannya, terkandung juga tepung beras dan tepung ubi..Licin dan cantik hasil adunannya.Suka dengan adunan kulit karipap ni.Resepinya saya kongsi dari blog resepianakbapak.blogspot.com.Nama sebenar pemilik laman tersebut saya tak berapa pasti.Boleh kunjungi blog beliau.Tq buatnya.
KARIPAP RANGUP
Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
Serbuk lada putih/sulah (tak letak)
1 sudu makan gula

(B)
4-5 sudu makan marjerin atau butter | dicairkan
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa* (anggaran 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli* | satukan bhn (*)

Cara-caranya:
1.Campurkan kesemua bahan A (kecuali garam) ke dalam bekas adunan.Pastikan digaul rata dan sebati.Setelah sebati, masukkan bahan B dan digaul rata/ sebati.Pastikan ianya rata keseluruh adunan.Ianya akan kelihatan sedikit bergentel.Ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
**Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan dengan tangan dan boleh dilihat ianya berkepal dan agak padat (tidak mudah terlerai).
2.Bolehlah diikuti dengan proses menguli.Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan.Ulilah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal.Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan dinding bekas adunan.Jika melekit, tambah sedikit tepung dan diuli sedikit.
3.Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam.Perap ia dengan menutup ketat (menutup bekas dengan kain atau penutup.Setelah 1/2 jam jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.Sudah boleh diguna.

***Adunan ini boleh dipakai berkali-kali.Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik dan letak di tempat beku (freezer).Nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali.Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India).

Nota rohah:Saya buat separuh adunan dari sukatan di atas.

Inti Ayam 
Oleh:rohah

**(sukatan inti untuk separuh adunan kulit karipap di atas)

Bahan-bahan:
100 gm isi ayam | potong dadu
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 biji kentang saiz sederhana besar | potong dadu
3 sudu besar serbuk kari | bancuh bersama sedikit air
15 gm ikan bilis | kisar
2 cawan air
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga wangi.Masukkan bancuhan serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air.Renehkan.Masukkan kentang dan sesekali kacau alih.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Masak hingga kentang empuk dan kuahnya kering.Angkat dan sejukkan.


16 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

sedapnya karipap..! my peberet tu...
nmpk unik dia pnya resepi tepung tu....gula-gula ke gula kak?

Sury Abil berkata...

nak 5 ketoi..lama nya x buat karipap..kurang rajin nk mengaripap ni..kemas je klim tu..:-)

Qasey Honey berkata...

kuih fav..tp nk buat tidak ye..hehe..nk beli 5 ketuii singgit...haha

Norhayati Mohd Ramli berkata...

Salam...Rohah.
Pagi2 dah tayang kuih fev akak..
Baru pertama kali akak lihat resepi karipap yg menggunakan tepung beras & tepung ubi....

norzila berkata...

yeayyy ada karipap mesti zila datang...

ummiaisyah berkata...

kiter suka sgt karipap tau..esp kalo inti kentang....tp maleh tul nk buat intinya kan...muahahaha...nnti nk juga try adunan ni boh tpg ubi ngan tpg beras ekk..tq 4 sharing

Tina Othman berkata...

Ala saya lama craving nak makan karipap tp malas gila nak buat, kalau beli selalu tak sedap, comel je karipap tu

zila norazila berkata...

klu kasi kat akk bbrapa biji leh habis rohah..akk pun dh lama x buat karipap..asik beli jew..

JaSSNaNi berkata...

wah wah.. montelnye karipap... cantik lah kelim2 kat tepi karipap tu... tapi saya kelim2 tangan juga.. pattern cam tak sama je.. :D

kayumaniskorner563 berkata...

3 jenis tepung, mesti best ni kak ruby lum pernah mkn lg.....share resepi ye rohah

Amie berkata...

Karipap memang kuih kegemaranku. Biyen intiney ubi karo keledek vaey... angger nganggo kentang larang banget... saiki keneng dileboni opo-opo seng kito sukak. Aku sukak karipap seng:
Siji - kulitey lembut
Loro - Kulitey rangup
angger orak intok seng rangup seng lembut pun jadilah asalkan orak kulit atos ha ha ha ahhh.

Melly Octaviana berkata...

Melly pun suka makan kari puff tapi malas buatnya.selalu beli aja yang kari puff pusing sama mak cik di pasar.hihihi
Cantik kari puff yang Rohah buat ini,keliatan ranggup nya.. ;)

fazliana berkata...

saya suka karipap...tp nk buat..aduss.. tp kene try la.. thank for ur sharing

fazliana berkata...

nak la... x jemu mkn karipap

cik hani berkata...

Nk buat kulit karipap kadang kadang tak mnjadi..
Keras je..
Hope resepi ni membantu

marzuki berkata...

Resepi memang terbaik tp kurang 1 pa kte kita letak sikit susu. Manis sedikit