Selasa, 16 April 2013

BINGKA PISANG


Assalamualaikum...
Bingka pisang merupakan kuih yang tak pernah jemu disantap oleh my hubby.Janji pisangnya banyak dan terasa, pasti menepati citarasanya.Kalau lebih tepung je macam tak berapa ada rasa.

Tempohari memang banyak stock pisang awak hasil tanaman di tanah rizab berhampiran kawasan perumahan saya ni.Dah puas makan yang bergoreng, buat cekodok, lepat dan sebagainya, selebihnya saya buatkan bingka pisang ni.Alhamdulillah habis..

BINGKA PISANG 

resepi:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8")
10 ulas pisang awak (kisar sekali dgn santan pun boleh)
3/4 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
1.Lecek pisang bersama garam, ketepikan.
2.Blenderkan gula perang, telur dan santan.
3.Satukan pisang dengan bahan kisar, esen vanila dan minyak masak.Kacau sebati menggunakan whisk.
4.Sapukan loyang berukuran 8" dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan secukupnya di permukaannya.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Bakar adunan selama 1 jam.

13 ulasan :

Mel berkata...

Wah sedap ni kak rohah..boleh cuba nanti..
Kalau bab pisang, semua sedap..
fuhhhh ^^

mama sara nur berkata...

assalam Rohah
serius akak tak penah makan bingka pisang h eheee
selalu pisang makan lepat. cekodok je
eemmm blh masuk list ni

Asyifa Mustaffa berkata...

bole smpn dlu resepi ni....:-)
nak try nnti....x penah mkn bingka pisang ni...

Mori Said berkata...

assalamualaikum rohah... sedapnya tengok bingka tu... nak sikit

Yatie berkata...

aku teko arek njalok bingko pisangmu Rohah...ketok enak bangettttt...

inazamri berkata...

tak penah makan.mesti sedap ni

Chah berkata...

Biasanya menu berasaskan pisang mmg saya ngap baekkkk punya....tptk penah plak nk try dibingkakan.....kena cuba ni...barulah lengkap hidup...:)

kayumaniskorner563 berkata...

kak ruby lum biasa buat lagi, tapi dah prnah mkn, mmang sdp........

dZana berkata...

aslmkum rohah.. pantang klau ada menu pisang ni.. cepat2 nak dtg.. hihihi.. lama tak buat.. mmg teringin sgtt..

Amie berkata...

Kok ayu temen bingka pisange kuwi mbakyu... potonganey pun ketok apik banget!

Ummu Fatima berkata...

Mbak, saya sudah coba resepnya ...enaak...ijin tulis resepnya dii blog saya ya...makasiih ^^

Hussein berkata...

Gimana sih ini rasanya?
Ueeenak kayak-e iki rek :)

Grosir Handuk Murah Surabaya,
Jasa Kurir dan Ekspedisi Murah surabaya,
Supplier Herbal Murah

latifah suleiman berkata...

Sedapnyaaaaaa...
Malam ni che'Pah gigih skodeng blog cari resepi2 nak buat dgn pisang niha..

pisang byk tak termakan..kena kena cari alternatif yg kreatif bg budak2 dirumah ni makan..

Thanks puan, atas sharing resepi ni..Sedap and terliur tengokkan..yummehhh

Wajib try nih.

last but not least, Salam perkenalan puan ๐Ÿ˜Š