Rabu, 10 April 2013

LABU MASAK LEMAK BERSAMA PUCUK KADUK


Assalamualaikum..
Selamat malam..Malam2 tayang menu sayur...sah2 menu zaman bila kan...2 minggu lepas punya menu sebenarnya.Kali ni saje bubuhkan sekali beberapa tangkai daun pucuk kaduk.Biar ada aroma daun kaduk tu.Oklah, layan foto je lah ye, resepi pun simple je, kacau2  dah siap..Selamat malam semua, sampai jumpa lagi.

LABU MASAK LEMAK BERSAMA PUCUK KADUK
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
600 gm labu | kupas kulit, potong kecil
Beberapa helai daun pucuk kaduk
1000 ml santan
5 tangkai cili api | tumbuk
2 ulas bawang merah | tumbuk
Sedikit belacan (sedikit sahaja) | tumbuk
15 gm ikan bilis | buang tulang | tumbuk
Garam
Gula

Cara:
1.Masukkan santan dalam periuk beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk.Biarkan mereneh sekejap.
2.Setelah mula menggelegak, masukkan labu dan daun pucuk kaduk.Kacau sentiasa.
3.Masak hingga mendidih.
4.Apabila labu sudah lembut, barulah diperasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Matikan api.

8 ulasan :

kayumaniskorner563 berkata...

salam rohah, tringat waktu kat kg dulu2 di kg kak ruby ada pokok ni, tp dah lama tak tngok pucuk kaduk ni, sdp kan.......

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. tun suka makan labuu.. tp skrg ni agak berangin jugak lah bila makan.. tp selagi x teruk, selagi tu tun makan. haha.. jarang2 wat sayur labu nih, biasa tun wat kuih je.

tun_telani berkata...

Owh.. lupa pulak.. resepi tun dlm AROMA bulan April kak :)

Asyifa Mustaffa berkata...

antara menu peberet ni kak....lama lgi la nmpknya bole mkn bende ni.....huhuhu.....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

lauk ni kalau ada kat kantin office, memang akak tak pandang lauk lain dah... tapi.. tak pnah lagi makan bersama pucuk kaduk ni...

Gee® berkata...

Aaaaargggghhh... my peberet..

dari dapur nasya berkata...

as salam Rohah, nanti singgah umah kita amik award...

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum.. singgah sini juga sambil berkenalan.. :)

:: saya peminat labu.. tapi mak pesan labu, kundur, petola, semua kena pantang dulu... hmmmm blom makan sejak bersalin ni..