Khamis, 30 Januari 2014

BROWNIES CHEESE KUKUS


Assalamualaikum...
Selamat bersiaran kembali..Dah ramai yang bercuti ye sempena CNY..berhati-hati di jalan raya bg rakan2 yang balik ke kampung.Semoga selamat perjalanan anda.

Resepi brownies kali ni.Sedap ...cuma untuk bahagian atasnya ada yang kurang anjal...tak tahu kenapa sebab dah tambah masa mengukus.Mungkin ada teknik yang saya kurang arif..Teringin makan dan buat lagi sbb enak...
BROWNIES CHEESE KUKUS
Resepi;Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
sumber;imasak.com

Bahan-bahan
Bahan A [Brownies]
2 biji telur
1/2 cawan susu cair/ 250ml 
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula kastor

Bahan-bahan yang diayak bersama
1/3 cawan serbuk koko [boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko]
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Cara
Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.Kisar perlahan-lahan hingga sebati.Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.[simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti].Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan keju
500 gm cream cheese
4 biji telur gred B
140 gm gula halus
Sedikit esen vanila

Cara
Pukul cream chese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul hingga sebati.Masukkan pula telur dan vanila.Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi.Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.







16 ulasan :

Enna Norman berkata...

Waaaa sedapnya, dpt tengok jelah :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Boleh di cuba lagi tu Rohah... janji rasanya sedapkan :)

Bbwana adienia berkata...

salam..

brownies coklat memang sedap..makan tak berhenti selagi belum habis..hehe..

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum roha sedapnya...

Amie berkata...

kok enak temen aku delok iki.... ngences temenan aku loh... jaloklah sitik Rohah...

kayumaniskorner563 berkata...

terasa kelembutan dia.....sdp nyer

Fiza Lgk berkata...

Nampak moist...mesti sedap ni K.Rohah...tak sabar nak cuba resepi ni :)

ummiaisyah berkata...

serius teringin nk buat..tp xde kesempatan lagi..thanks 4 sharing

honey isma berkata...

Ssedapnye.

zila norazila berkata...

Corak atas tu cantik..suka tgok

Qasey Honey berkata...

xpenah lg cuba brownies kukus..mesti lg sedapkan rasanya tu..nmpk moist

fazianbatrisyia berkata...

sedapnya...ala stok cream cheese dah habis pulak.

kerudung berkata...

kue yang lezat sekali ...thanks

Shahiera Hanafi berkata...

Dah buat...2 2 lapisan x kental. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih

Shahiera Hanafi berkata...

Dah buat...2 2 lapisan x kental. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih

Unknown berkata...

Lepas masak sejukkan ke suhu bilik.kemudian saya masukkan dlm petiais lebih kurang 4 jam.alhmdllh cheese mengeras