Khamis, 9 Januari 2014

MUFFIN COKLAT


Assalamualaikum..
Sedapnye mufin ni...walau dah banyak resepi muffin saya cuba, serasanya resepi ni pulak yang paling sedap bagi saya...[dr sudut tekak sy je la, mungkin org lain berbeza...hihiii].Sebab guna double action gaknye...muffin tersangatlah lembut..

Tq buat penyumbang resepi, tapi sayang tak de link asal utk di kreditkan..tq juga buat Hairul yg sudi panjangkan resepinya.

MUFFIN COKLAT 
Resipi Kiriman; Kak Raja [tiada link]
Sumber;Hairul

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan koko
1/2 cawan choc chips

Cara membuat;
1.Pukul bahan A dengan whisk sehingga bercampur dan gula hancur.[saya just kacau sebati]
2.Gaul bahan B sehingga sama rata dan masukkan ke dalam bahan A dan pukul bahan A dan B dengan whisk.[saya just gaul rata]
3.Masukkan ke dalam acuan muffin dan tabur choc chips di atasnya.Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit.Siap resepi muffin coklat anda.

8 ulasan :

asyifa mustaffa berkata...

Meluap naik nmpknya kak...
Simpan dulu resepi ni...nnti nak cuba...skrng time nak membaking ni terhad sngat2...

kayumaniskorner563 berkata...

kak ruby pun dah lama buat muffin, nmpak rohah wat cntik je, tringin jgk ni.......

Gee® berkata...

wah!

ady berkata...

Salam gebu muffin tu

Fiza Lgk berkata...

Assalamualaikum, cantik kejadian muffin ni..nampak moist & gebu sgt. Anak2 mesti suka.

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. cantik naik mapinyer tu.. mapin coklat mmg all time favourite, xjemu dimakan.

Fadzillah berkata...

Salam Rohah.... Cantiknya muffin tu.Mesti sedap rasanya.Bolehlah dicuba nanti.

Tanpa Nama berkata...

salam kak,
satu adunan dapat berapa cup ye?