Rabu, 8 Januari 2014

TALAM SUJI DURIAN


Assalamualaikum
Dah lama tak buat kuih talam.Mengenangkan ada stock durian dalam tapau fridge, teringin pulak nak makan talam suji yang berperisakan durian..Kebetulan jugak ada resepi dalam majalah yang menepati citarasa, memang sesuai sangatlah.Inilah hasilnya, sangat2 memuaskan hati.

TALAM SUJI DURIAN
Resepi;Majalah Rasa

Bahan-bahan

Bahan Bawah
180 gm tepung suji]..satukan dan rendam selama 30 minit
450 ml air]..

220 gula pasir [saya guna 200 gm]....
2 biji telur....
200 ml santan pekat....
250 ml air....
1 sudu teh pewarna kuning telur]....satukan, kacau rata dan tapis

Lapisan Atas
150 gm tepung gandum
250 gm gula pasir [saya guna 230 gm]
3 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
100 gm isi durian
2 sudu teh pewarna hijau epal ]satukan kesemua bahan bahagian ini, kisar halus dan tapis

Cara memasak
1.Sediakan sebuah periuk yang sesuai, tuangkan bahan lapisan bawah yang telah direndam dan ditapis.
2.Hidupkan api perlahan, kacau dan didihkan hingga berwap.
3.Tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inci dan kukus selama 25 minit.
4.Beralih ke lapisan atas.Sediakan periuk, tuangkan bahan lapisan atas yang telah ditapis dan didihkan hingga berwap.
5.Tuangkan di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi dan kukus lagi selama 30 minit.Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Info chef
..Pastikan bancuhan cukup sekadar berwap dan tidak mendidih sehingga berbuih.Lakukan juga beberapa carikan di atas lapisan bawah supaya kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna.


7 ulasan :

ady berkata...

salam
suka tgk warna kuih talam durian ni..cantik..

izahdaut berkata...

yeahh.. tq kak share resepi. nak buat la. suke dgn talam suji. insyaAllah. amik resepi ye

Kakzakie berkata...

Kakak kalau pergi pasar malam tak tinggal beli talam suji ni. Warna pun biasa warna kuning/hijau cantik kan:)

Qasey Honey berkata...

cantik kejadian talam suji ni..kaler pon mnarik

rahel berkata...

memang cantik kejadiannya...bila boleh rasa ni kak Rohah?

Mel berkata...

assalam kak rohah. Cun betul kejadian kuihnya. Sedapnya

mama sara nur berkata...

Assalam Rohah
Cantik hijau kuning, gabungan menarik
Mengancam tgknya tau
Talam suji akak suka
Tp durian x berapa suka bila wat kuih he hee