Khamis, 6 Mac 2014

BINGKA PISANG TANDUK

Assalamualaikum..
Dengan izin Nya bersua lagi di sini, alhamdulillah.Terlalu lama rasanya saya menyepi kali ini, dan maafkan saya kerana lama sudah tidak bertandang ke blog kawan-kawan...Bukan sengaja, tapi keadaan benar2 tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Buat rakan2 semua, doakan penyakit bonda saya reda dan mudah-mudahan mendapat kesembuhan dari Allah s.w.t.Mungkin doa kalian juga anatara doa yang mustajab in sha Allah.Itulah jawapan yang mungkin menjadi tanda tanya rakan2 di luar sana selama lenanya blog ini tanpa bicara..Hampir 3 minggu saya dan adik beradik bergilir dan berulang alik ke hospital menemani bonda di hospital.Semoga bonda dan kami semua tabah menghadapi ujian Allah ini.Aamiin.

Hari ni menu bingka pisang tanduk.Memang tak pernah pun saya buat bingka sebelum ni menggunakan isi pisang tanduk.Memandangkan ada pisang tanduk masak ranum, kalau digoreng pun terlalu lembik, kira berbaloi juga lah dapat buat bingka ni.Nak tahu rasanya macam mana, mestilah rasa pisang tanduk ye...eheeeee...selamat mencuba..
BINGKA PISANG TANDUK
Oleh; rohah

Bahan-bahan;
2 sisir pisang tanduk* [yg masak ranum]
1 cawan gula perang*
1 1/2 cawan santan*
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur*
1 1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Kisar kesemua bahan bertanda (*).Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan satukan dengan tepung gandum.Kacau dengan whisk hingga sebati.
2.Griskan loyang dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 8".
3.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar adunan selama 1 jam.Tambah 5 minit lagi pembakaran menggunakan api atas sahaja 
4.Potong setelah sejuk.

9 ulasan :

kayumaniskorner563 berkata...

salam rohah, memang rindu dgn masakkan rohah......kak ruby doakan semoga bonda rohah cpt sembuh dan akan kembali sht.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam rohah...
akak doakan bonda rohah kembali sihat & sembuh dr penyakit yg dialami... amin...

terliur akak tgk bingka pisang tanduk ni rohah... sebenarnya.. mmg pantang dgr kuih muih berasaskan pisang... mesti akak terliur.. hehe..

fazianbatrisyia berkata...

Semoga bonda kak rohah kembali sihat. sama-samalah kita doa supaya bonda2 kita sihat kembali.

Nampak sedap dah tentu rasanya sedap...boleh jugak try bila2 teringin.

Kakzakie berkata...

Alhamdulillah masih diberi peluang menjaga bonda yg sakit. Ujian buat yg sakit dan yg menjaga - moga diberi kesabaran dan kekuatan semuanya.

Bonda pun boleh makan binga ini kan. Mesti dia suka. Kakak kalau kuih yg ada pisang-pisang memang suka Rohah..

Amie berkata...

mugo2 bondanya lekas diparengi waras..... untung iso jogo nang sepitel.
delok bingka pisang tanduk iki kedlingan aku karo kek pisang tadukku mbiyen

zana fahmi berkata...

Sama2 kita doakan bonda Rohah. Makin berusia kita ni, kedua org tua kita apatah lagi.
Mesti sedap bingka pisang tanduk.

Izzan Yong Rosdin berkata...

jemput singgah ke blog saya.. baru nak berjinak2 berblog.. hrap mendapat sokongan dan dorongan dari anda.. tq

http://izzanyrosdin.blogspot.com/

Hussein berkata...

Wah.. sepertinya enak nih. Boleh dikirim nak rumahku? :)

Grosir Handuk Murah Surabaya,
Jasa Kurir dan Ekspedisi Murah surabaya,
Supplier Herbal Murah

Hijab berkata...

enak sekali izin share ya