Isnin, 8 April 2013

DONUT KENTANG

Assalamualaikum..
Kawan2 dah lama bercerita dengan donut kentangnya, saya baru buka lembaran..Tak pe lah kot!!..kan...lagipun dah lama tak mendonat, asyik beli siap je sebab anak2 ni suka sangat makan kuih ni.

Menggoogle resepi ni, terus berhenti menyinggah di belog kak Kama, nampak montok sangat donut kentangnya, coz dia bubuh bread softener walaupun resepi asal kak Wan tak ada bubuh bahan tersebut.Tapi tiba kat saya, tersalah bubuh bahan pula iaitu shortening.Perasannya bila bahan telah selesai diuli..hmmmm, teruskan aje..asal boleh makan.Hasilnya tetap lembut, tak usah risau, cuma donut saya ni hangus le sikit..Apapaun tq kak Wan, atas resepinya, juga buat kak Kama..suka tengok donutnya yang gebusss.
DONUT KENTANG
Resepi:KakWan
Sumber:Kak WanKak Kama, 

Bahan-bahan:
400 gm tepung gandum
11 gm ragi instant
200 gm ubi kentang
2 sudu besar susu pekat manis
100 gm gula halus
1/2 sudu besar bread softener (Kak Wan tak letak, sy pulak tersilap bubuh shoertening)
75 gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120 gm air

Cara:
1.Kupas kentang, rebus empuk dan lenyek ketika masih panas hingga halus.Sejukkan.
2.Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata.Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air.Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3.Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain atau plastik sehingga mengembang.
4.Canai dan terap dengan acuan donut dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung.Rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengembang.dan goreng hingga kekuningan
5.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6.Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

6 ulasan :

ibundo berkata...

sedap.. sedap... dah buat sekali haritu. laku..

Nooriah Abdullah berkata...

nampak sngt gebussss tu Rohah macam nak ambik je dua ketoiiii

hazila berkata...

Wahhhh gebunya donut. Akak selalu beli kat satu kedai ni, memang gebu dan lembut sampai ke pagi. Harganya RM2.50 sebiji.

tun_telani berkata...

Salam kak rohah. lamanya tun x mendonat.. mmg gebus dan lembut kalau donat letak kentang.

kayumaniskorner563 berkata...

sdp kan rohah, donat kentang hihihi kak ruby suka........

Norhayati Mohd Ramli berkata...

Salam...Rohah

Sedapnya dapat makan donut yang lembut....

Yati baru bercadang nak mendonut Rohah dah mendahului lah pulak...!!!