Jumaat, 16 November 2012

KARIPAP PUSING INTI DAGING


Assalamualaikum...
Selamat malam dan salam ceria selalu buatmu rakan2 maya yang dikasihi..Hari ini awal2 pagi dah selongkar gerobok/ kabinet dengan niat nak buat karipap pusing.Kalau nak tahu, perancangan nak buat karipap pusing ni ialah pada bulan syawal hari tu..(maknanya dah lama sangat aku beli ubi  kentangnya#@!!..hehe..).Dah tumbuh juga tunas2nye, nasib baik tak bercambah lagikan.Ni la gamaknya kalau asyik berrrrniaaaat je, tapi tak buat2, memang lah tak ada hasil kan?..Maybe sebab  aura tahun baru kot, tu yang dah pasang niat dari malam tadi, BAHAWA  aku kena buat juga kali ni, sbb tanda cambahan tunas sudah menampakkan kemeriahannya...hehee.

Resepi karipap ni saya ambil dari rakan fb iaitu Kak Zakiah, di mana pada note yang tertera pada resepinya beliau menggunakan sukatan pot beras yg sedia ada dalam rice cooker tu, tapi saya sukat dengan cawan matrik.Disebabkan mcm blurr sedikit dgn sukatan yang sy tukar kepada cawan matrik tadi, makanya terbubuhlah minyak masaknya over sikit. So saya sarankan pada anda yg nak mencubanya jgn tersilap juga mcm saya ya..kalau nak guna cawan matrik, sama sahaja, ikut juga arahan sukatan tu dan tak perlu ubah2 kuantitinya (bezanya cuma fizikal cawan tu je).Karipapnya memang sedap dan tak nampak terlalu berminyak pada struktur luaran kulit dia.Untuk mendalamkan lagi pemahaman cara membuatnya, saya telah rujuk di Fp Naz Rinn Chan.Dengan berbekalkan rujukan tersebut saya  juga dapat memorandumkan  hasil kerja saya ketika membuat karipap ni.Bolehlah dirujuk pada gambar di akhir tu nanti.(Sebenarnya pernah belajar buat karipap ni 11 tahun yg lalu, tapi belajar tinggal belajar, tak pernahnya dibuat latihan..hik2).O.klah, untuk inti tu, saya guna pakai cara saya sendiri.Selamat mencuba.

KARIPAP PUSING INTI DAGING
Resepi:Zakiah FB (Karipap Pusing)

Bahan-bahan:
Bahan A: (Doh minyak):
4 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/3 cawan minyak masak (saya terrr..tambah, disarankan ikut sukatan asal ye)
1/2 sudu kfc garam

Cara-cara:
1.Gaul tepung dengan minyak masak.
2.Masukkan campuran air dan garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekit di tangan.Apabila adunan sudah jadi doh jangan lagi ditambah air.
3.Bulatkan bebola-bebola kecil.(Buat 8 bebola)

Bahan B: (Doh shortening/ lelemak sayur)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar shortening

Caranya:
1.Gaul dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekit.
2.Sekiranya adunan belum menjadi doh, tambahkan shortening.
3.Buatkan bebola-bebola, lebih kecil dari doh minyak.
4.Buat 8 bebola kecil.

Inti Daging:
Resepi:Rohaisha 

Bahan-bahan:
100gm daging lembu | potong kecil
500gm kentang @ 5 biji kentang | kupas dan potong dadu
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1/2 labu bawang besar | hiris
2cm halia | kisar
15gm ikan bilis | kisar
2-3 sudu besar serbuk kurma daging* | bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil cili kisar/ serbuk kari* | bancuh bersama
1 cawan air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis.
2.Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu diikuti bahan kisar.Kacau hingga naik minyak sedikit.
3.Masukkan bancuhan serbuk kurma dan kacau rata sehingga naik minyak.Masukkan daging dan kacau sebati.
4.Tuangkan air, renehkan.Masukkan kentang.
5.Masak sehingga kentang empuk.Perasakan dengan garam dan gula.
6.Matikan api setelah kentang benar2 masak dan empuk, dan kuahnya juga telah kering.Sejukkan.


9 ulasan :

sHa AhM@d berkata...

cantik pusingnyer..buat tak jadi pon hehehe

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rohah
cantik kejadian karipap pusing tu, akak pernah jugak buat tapi sekadar boleh tahan je tak lawa tapi mesti kena praktis make perfect kan heeee

Marsita Yahya berkata...

salam Rohah...waa cantik pusingnya karipap pusing ni...

nurul berkata...

wah!!mesti sedap!
www.the-simpleme.blogspot.com

Norzie hany berkata...

Cantik rupa karipap pusing Rohah.....fav akak ni.

Amie berkata...

Sesungguhnya niat yang baik itu akan tertunai juga... tu sebab kentang tak mahu bercambah he he heh...Rohah, cantik kejadian karipap pusingmu itu, nampaknya aku langkah kanan... datang petang time hujan ni, hidangkanlah karipap dengan seteko kopi panas... ha ha ahh...tentu dah habis karipapnya ye Rohah! Aku tertinggal keretapi ni...

Unknown berkata...

Oh la kak roha..zila nak..suka sgt karipap ada daging lak tu...dapnye

Yatie berkata...

cantiknya karipap Rohah ni, akak suka makan tapi malasnya nak buat inti karipap...kalau dekat akak order je dngn Rohah, boleh kan..

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Ermm..Naz suka makan karipap. Kalau karipap pusing ni lagi lah suka tapi part nak buat karipap pusing tu yg malas sikit tu..heheheee..Mintak dari rohah boleh tak? ada yg frozen nyer tak ni? hehehee