Tuesday, 27 November 2012

DAGING MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Selamat tengahari dan menjamu selera buat warga maya dan rakan2 yang dikasihi.Menu apa hari ni?Pastinya seenak rasa dan menepati citarasa.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan buat N3 Daging Masak Kicap sebagaimana yang selalu saya buat.Apa yang penting, daging yang dimasak biarlah lama agar empuk dan sedap untuk dijamah..Untuk memasak daging kicap ni, saya memang bubuh air banyak sebab saya akan renehkan selama lebih kurang 2 jam.Apabila empuk, pastinya air tu akan menyusut juga.Setelah empuk barulah dibubuh kicap dan bahan perisanya.InsyaAllah keempukannya memang tidak mengecewakan.Resepinya lihatlah dibawah tu ye.

DAGING MASAK KICAP
Resepi:rohaisha@Damai Qalbu

Bahan-bahan:
500gm daging | hiris
1 labu bawang besar | cincang
7 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 inci halia | ketuk
2 sudu kecil lada putih kisar
1 sudu kecil lada hitam kisar
4 cawan air
Kicap pekat* | secukupnya
Kicap manis*
Saus Manis ABC*
Garam 
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya | hiris dan tabur

Cara:
1.Tumiskan bawang besar cincang, halia dan bahan kisar hingga layu kekuningan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2.Masukkan hirisan daging, kacay rata.
3.Masukkan air, kacau dan tutup kuali dengan tudung periuk.Renehkan dengan api perlahan dan masak sehingga 2 jam agar daging betul2 empuk.Sesekali dikacau alih.
4.Setelah empuk, masukkan kicap manis, kicap pekat, saus manis ABC secukupnya, lada putih kisar dan lada hitam kisar.Biarkan seketika anggaran 5 minit.Sebatikan rasa dengan garam.
5.Matikan api dan hidangkan bersama hirisan daun sup.

14 comments:

Amie said...

Enak banget ni Rohah... kalau anak-anakku makan, licin sampai kuahnya! Urong ngeliwet.... baru balik kejo, anak2 nang kampung mentua....

hazila said...

Akak pun suka buat masak kicap. Tak kira la daging atau ayam. Makan dengan nasi hangat pun dah cukup.

Tina Othman said...

nyummmmmmmmm sedapnya, terliur tgk, nak carik daging lah petang ni

rahel said...

Salam Kak Rohah...
Kalau ada daging masak kicap kat rumah kita memang semua org berselera nak mkn...

Marsita yahya said...

Salam Rohah, betul tu...nak masak daging ni kena lama...2 jam baru empuk dan mesra...akak dah 2x buat dalam 2 minggu ni...sedap sangat kan? Tu pun ada lagi daging sikit dalam freeze..nanti mengicap lagi le nampaknya.

Evelyn Gemina said...

Sedapnya kak rohah, makan dengan nasi panas mesti terangkat : )

Shiela said...

Assalam Rohah.. lauk cenggini kalo dpt dek Farrah mmg tak hengatlah dia makan.. sedap kena ngan nasi panas kann..

Melly Octaviana said...

sedap nya..ini makanan fav anak anak di rumah.. slurrp

zila norazila said...

salam syg rohah,
daging kicap akk pun suka..tp tang tunggu 2 jam akk mmg malas..klu bab makan akk mmg rajin..he hee..nnt nk buat la..nmpak best.

Qasey Honey said...

nmpk sedap lauk ni..tp QH xmkn daging..tp leh masakan lauk ni utk huby nti..hehe

DaPuR KeCiLkU said...

emmm...sedapnye lauk ni...terus lapar perut da nie..hehee.:)

Norzie hany said...

Daging masak kicap ni lauk kegemaran anak akak la Rohah.

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Rohah..

Di rumah Naz, kalau masak lauk daging, mmg kena empuk. Kalau tak... tak lakulah jawabnya..

Kawan Nizar said...

emmm....memang sedap. Saya masak daging korban semalam dan seluruh keluarga suka resepi ini. Terima kasih akak kerana sudi berkongsi resepi ini