Selasa, 13 November 2012

IKAN PARI PANGGANG & AIR ASAM


Assalamualaikum..
Selamat bercuti  untuk semua...Mungkin ada yang menyambung cuti bersama anak2 mentelahan cuti sekolah sudah bermula.Semoga anda semua berbahagia bersama family tersayang Amin.
Hari ni bersiaran dengan menu ikan yang simple, iaitu Ikan Pari Panggang...Saya panggang dalam oven je..Sesekali panggang juga atas api, tapi saya dan suami lebih gemar panggang dalam oven sebab ikan nampak lembab2 gitu, tidak terlalu kering.Penyediaannya memang mudah je kan, boleh tinggal buat tugasan yang lain.Mungkin lain orang lain caranya, yang penting   berpuashati dengan apa yang kita buat...resepinya di bawah tu ye..
IKAN PARI PANGGANG & AIR ASAM
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan pari | belah 2
Sedikit garam
Serbuk kunyit secukupnya
Alumunium foil

Cara:
1.Cuci bersih ikan pari dengan air asam jawa atau perahan limau.Toskan.
2.Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.Bungkus ikan dengan aluminium foil.
3.Panasakan oven sekejap pada suhu 180@190 darjah celcius.Masuk dan letakkan ikan atas rak pada oven tersebut dan panggang selama 30-40 minit @ sehingga masak.(balikkan kedudukan ikan selepas 1/2 jam pertama).
Air Asam:
1 labu bawang besar | hiris
10-15 tangkai cili api | hiris 
1 biji tomato | potong dadu
4 biji limau kasturi | ambil jusnya
Gumpalan asam jawa secukupnya | *Bancuh bersama
Air secukupnya *
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata.Hidangkan.


1 ulasan :

adda syuhada berkata...

sama mcm adda suker panggang dlm oven jer..sbb nanti dapur tu bleh masak lauk lain..dh la dapur 2 tungku jer..heheheh...