Sabtu, 24 November 2012

NASI AYAM HAINAN


Assalamualaikum..
Selamat petang, cuaca tersangat panas hari ini, alhamdulillah.Apa khabar semua, semoga dalam kesihatan yang baik dan happy selalu bersama insan2 tersayang..
Ataupun ada yang sedang bercuti bersama keluarga, selamat bercuti saya ucapkan.Saya bercuti kat rumah je..tak ada perancangan hendak ke mana2 setakat ini...

Hari ni berkongsi resepi Nasi Ayam Hainan.Sedap nasi ni, sebab berasnya direndam dulu sebelum ditanak, so nampak kembang cantik beras tu.Resepinya saya jenguk di dapur Kak Azie@Azie Kitchen, nampak mudah penyediannya.Tq Sis Azie...
Cuma untuk ayam tu saya guna ayam yang dah siap potong, itu je yang ada untuk stock pada hari tu.Yang penting boleh dijamah, sebab anak2 memang happy sangat bila tahu ada nasi ayam atas meja.Resepinya kat bawah ye..

NASI AYAM HAINAN
Resepi:dari blogger Singapore (tiada link)

Bahan-bahan: (Untuk rebusan)
1 ekor ayam (saya guna yang dah siap potong)
Garam
4" halia muda | potong 1/4" setiap satu
2 tankai daun bawang | potong 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

Bahan Untuk Nasi:
2 sudu besar chicken fat @ 2 Sudu besar Vegetable Oil
3 ulas bawang putih | cincang
1" halia muda | cincang
2 cawan beras | basuh dan rendam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam (saya lebihkan sikit/ ikut jenis beras)
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil garam

Bahan Untuk Sos Cili:
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar cili sos
4 cili merah & sedikit cili padi (cili padi x letak)
4 ulas bawang putih
1" halia
Sedikit garam

Bahan Untuk Sos Ayam:
1 sudu besar minyak garlic (guna minyak zaitun+1 biji bawang putih tumbuk)
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soy sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

Untuk Hiasan:
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar (tak letak)
1 biji timun

Cara-cara:
1.Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam , luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran.
2.Bilas.Lumurkan garam dalam dan luar.Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam.Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak.Sebaik menggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit.Cucuk dengan chop stick di bahagian peha untuk melihat sama ada ayam sudah masak.
2.Setelah ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak.Ini akan menjadikan kulitnya rangup dan isinya lembut.Buang halia dan daun bawang.Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3.Untuk memasak nasi:Tos beras yang direndam.Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit.Masukkan minyak sesame dan garam.Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik.Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4.Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame.Potong ayam untuk dihidangkan.atau boleh juga dipotong dahulu sebelum melumur.Sebelum dihidang  tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.
5.Untuk membuat cili sos:Kisar smua bahan sehingga halus.
6.Untuk membuat sup:Panaskan sup dan masukkan garam, bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan.

Hidangakan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup.Letakkan daun ketumbar (tak letak) atas ayam dan sedikit atas nasi.



10 ulasan :

Nooriah Abdullah berkata...

aduh Rohah akak sedang tak tau apa nk masak petang ni tengok nasi ayam ni huh ngancem lah sayang tak sampai nk ambik heee

Amie berkata...

Oh... ayam rebus memang pilihanku... enak banget dengan bau minyak bijan!

Qasey Honey berkata...

alahai sedap nmpknya nasi ayam tu..jadi lapo la pulak tgknye..dh lama xmasak hari ni..mne nk cri ni ekk..hihi

Norzie hany berkata...

Nasi ayam....mmg fav anak2 akak ni.

Evelyn Gemina berkata...

Mesti di cuba ni, nampak begitu sedap sekali kak rohah : )

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. mmg xpenah jemu mkn nasi ayam nih kan.. mesti xtra sedap bila letak minyak bijan tu.

ummiaisyah berkata...

salam rindu rohah..lamanya x jenguk dapo rohah ni...thanks sudi jengah dapo bersawang akak tu...nasi ayam ni mmg fav kami sekeluarga...senang dan sedap!

Azie Kitchen berkata...

As salam,
Tiba tiba teringin nak makan nasi ayam hainan yg isi ayamnya lembut di dalam.

Tanpa Nama berkata...

omg!!! amazing resepi. i dh try.. hubby said much2 tasty from the shop one.. thx for sharing d resepi...

niza berkata...

Salam...sis..nmpk mmg mablessss nasi ni..sy ambk resepi ni,terima kasih kak..