Friday, 30 November 2012

NASI KERABU KELANTAN



Assalamualaikum...
Salam di penghulu segala hari..Semoga  semuanya dalam keceriaan selalu.Apa khabar, dan selamat bersiaran lagi.Hari ini berkesempatan berkongsi rasa Nasi Kerabu Kelantan resepi dari Kak Azie@Azie Kitchen.Alhamdulillah sedap menyantap menu ini, Tq untuk Kak Azie.Cuma untuk nasi & sukatan berasnya tu adalah mengikut sukatan saya sendiri, juga saya olah dari segi penyediaannya.


Biasanya kalau teringin makan nasi kerabu ni  saya beli je dekat pasar malam.Tapi dah lama sangat teringin nak buat sendiri, dan tambah bersemangat nak buat sebab anak bujang asyik bertanya saje bila nak memasaknya??.Kebetulan juga jiran belakang rumah ada semai pokok bunga telang ni dan dah request lama minta izin nak minta bunga telangnya..apa taknya, bila cuci pinggan kat dapur asyik terpandang je bunga telang yang cantik kebiru-biruan tu merambat pokoknya di pagar rumah beliau..TQ sangat2lah buat mak cik kelate ni..Dapat juga jamah nasi kerabu sendiri..
Bunga Telang



NASI KERABU KELANTAN

Bahan-bahan untuk nasi:(sukatan & olahan  cara rohaisha)
1 genggam penuh bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik

Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Kuah Tumis:
Santan pekat (saya guna 1 cawan)
7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Nota Kak Azie:Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Sambal kelapa:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman:
Kacang panjang
Kubis
Timun (tak letak)
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar (tak letak)
Kacang botol (tak letak)
Taugeh

Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.

Sambal Cili:
Cili padi | tumbuk
Cuka
Garam
Gula

Lauk Pauk:(pilihan)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.






18 comments:

Azie said...

Dear, nampak sungguh menyelerakan nasi kerabu biru ni. Gambar pun sangat sangat cantik. Serius. Sharelah macam mana ambik gambar gambar ni.

zila norazila said...

rohah..
sedapnya..akk mmg x pernah buat..biasa beli jew telur masin klu akk separuh x cukup tue..:)

Zaliedana said...

set nasi yg nmpk sgt2 sdp,ngan pic yg menawan...erm guna bunga telang ori lagi best ler kak kan,setengah tuh gna pewarna jerk..

Nooriah Abdullah said...

salam Rohah.
aduh dah meleleh2 air liur akak tengok haha sedap betui lah akak ada tu bunga telang tu kat umah biasa buat nasi lemak, nasi kerabu ni banyak songeh sikit kan tulah macam bermalas2an sikit hahaa

ady said...

as-salam
wah sedapnya NASI KERABU KELANTAN..npk mabeles.. cantik warna nasi tu..

Norzie hany said...

Sedapnya nasi kerabu....akak suka lada solok tu.Selalu beli aje.

Amie said...

He he hehh... cerita pasal bunga telang ni, teringatlah biji benih kawan bagi, dah lebih 3 bulan dalam beg tangan... lupa nak tanam! Padahal dah 2kali kawan tu bagi... kita asyik tanam dalam beg tangan saja...
Puas hatikan Rohah kalau buat sendiri, apa nak bubuh kita bubuh, memang tak puas makan sekali, nak 2-3 kali makan dalam sehari!

Evelyn Gemina said...

Wah nasi warna biru, dah lama tak makan nasi kerabu ni, sedapnya kak rohah...

Zaihashim said...

emm.., sedapnya...

fidzah saad said...

aduhhh...sedapnye home made nasi kerabu... terliur sehhh... nk sepinggan...hehe... lama dah nk buat tp famili sy sume tak mkn . kalo buat kena masak lauk lain lak utk hubby ngn anak2...huhu terus membantutkan niat nk buat ituw...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sedapnya.minta sepinggan..kempunan kak Ros..susah nak dapat yang betul2 sedap kalau makan kat restorant

ummiaisyah said...

isy..isy...isy..telan air lior tgk ns krabu tu...terasa-rasa sedapnya solok lada tu..tak penah sekalipon buat ns krabu ni...kena pecah rekod gamaknya ni!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Rohah..

Naz suka nasi kerabu cam ni exp kalau ada solok lada tu tp nak membuatnya cukuplah tak rajin sbb kat sini senang nak dapatkan nasi kerabu ni..heheheeh

mama sara nur said...

assalam Rohah
akak panggil nasi biru sb kalernya biru he he
kalu kat pasar sini memang laku berebut org beli sampai akak pun tak terbeli hu hu
skali je akak penah rasa masa mertua kakak Sb BIL org kelate suker makan nasi ni

rahel said...

Sedapnya...teringin nak buat...tapi kaler untuk nasi tu kena cari dulu...

norzila said...

as salam kak rohah..eii zila mang lama dah nak wat nasi ni..tapi nak tunggu bunga telang tu ori ckit...ei dapnye siap ada solok cili lg..

Carmen Sam said...

terima kasih!!!
kerana saya sedang buat project sejarah tentang makanan tradisional Malaysia dan post ini sangat berguna kepada saya yang buat tentang nasi kerabu ni....

Ratu Jamu Seri Pengantin said...

Sgt menarik..sy tgh bcinta dgn org klate..tu yg nk blaja masakan kelantan...hehe..