Selasa, 4 Disember 2012

PUTERI AYU


Assalamualaikum...
Apa khabar semua, rindu rasanya beberapa hari ni tak berapa nak on9 dan jenjalan kat blog kawan2....Apapun tq kepada yang masih sudi menjenguk ke sini.Untuk follower baru, insyaAllah akan saya kunjungi jika berkelapangan nanti ye.


Kali ini ingin berkongsi menu kuih Puteri Ayu yang sedap dan lembut sangat..Resepinya dah setahun saya simpan, tapi tak terbuat-buat.Termasaknya kuih ni pun kiranya tidak terancang, tapi dek gara2 takut kelapa yang dibeli oleh cik abang takut basi dan terbuang macam tu, terus terdetik nak buat kuih ni.Kiranya kuih ni  menjadi kegemaran masa kecik2 dulu, bapa saya rajin bebeno membelinya untuk dibuat sarapan.Time tu kalau makan hari2 kuih ni pun rasa tak mengapa.. Dah kira sedap sangatlah tu..

Ok lah, berbalik kepada tajuk menu, sumber asal resepi asal ni adalah dari Azita Zain, dan telah dicuba pula oleh kak Yatie.Nampak kak Yatie dah buat macam2 versi kalerr, meriah je nampaknya..Nanti kalau terhingin lagi makan kuih ni, bolehlah ikut jejak kak Yatie, buat versi keladi ke kan..mesti sedap jugak kan..Apapun tq buat penyumbang resepi ni, kasi 5 bintang sebab memang sedap sangat...bila dah makan asyik nak, nak dan nak lagi..camne tu??..hi2.Untuk resepi ni saya hanya buat separuh adunan dan dapat lebih kurang 26 biji..


PUTERI AYU
Sumber asal:Azita Zain
Sumber:Yatie

Bahan-bahan:
5 biji telur
250gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* *(ayak)
300gm gula halus (saya kurangkan)
2 sudu kecil ovaeltte
250ml santan
Sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Inti kelapa:
2 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan inti kelapa:
1.Satukan semua bahan inti dan gaul sebati
2.Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan
3.Isikan inti kelapa dan tekan sehingga padat

Cara membuat dan mengukus kuih:
1.Panaskan kukusan.
2.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
4.Kacau lagi hingga sebati.
5.Sapu sedikit minyak pada acuan.
6.Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
7.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit (saya kukus 10 minit dengan api sederhana).
8.Setelah dikeluarkan  dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


12 ulasan :

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah.
Gebunya....ni kuih kegemaran anak dara sis.

Evelyn Gemina berkata...

Selamat malam kak rohah,
Sebelum saya tidur mau jenguk sini dulu, sebab tadi dah tengok dkt fb, terliur...kasi extra kelapa untuk saya ya, hehe

norzila berkata...

kak rohah tgk kuih ni kan zila mesti teringat abah zila suka sgt kuih ni..kuih pertama zila mak ajar..sedap kan gebu je..dah lama x wat (",)..cantik kuih akak zila kelapa selalu x brapa nk cantik padat cenggitu kakk..bg tips ckit t zila wat plak.

Marsita yahya berkata...

Salam Rohah, lama tak makan kuih ni...nampak gebu dan sedap.

asmah yusof berkata...

salam kak rohah...
selamat pagi.....suka sgt kuih nie..mmg gebus!!!

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Rohan..Wahhhh gebusss betul kuih akak ni...suke tgk...Pernah sekali je buat kuih ni, ambil resipi kat MyR..len kali nak cuba resipi ni plak...Terguda ngan kejadiannya

zila norazila berkata...

salam rohah,
akk suka kuih nie..pernah buat sekali jew siap frozen kan..makan sikit2..mmg sedap..x pernah jemu kan:)

rahel berkata...

Salam Kak Rohah..ni antara kuih kesukaan Rahel gak...suka mkn bab apam tu ada kelapa..wangi gitu..

Amie berkata...

Memang ayu... koyo wonge...

Yatie berkata...

Alamak Yatie dtng lambat, mesti dah abeskan....ruginya...lenkali nak dtng cepat coz nak rasa....he3....mmng ayu temen kuihmu Rohah....

patah champion berkata...

lama tak buat..last buat masa niaga bazar ramadhan haritu je..sedap plak nampak..

sHa AhM@d berkata...

alamak sorry ..tercomment pakai blog abg der..tak perasan rohah..sorry..