Thursday, 27 December 2012

MEE SUAH SUP BERSAMA CENDAWAN ENOKI


Assalamualaikum..
Selamat malam dan selamat beristirehat..
Malam ni nak kongsi resepi sempoi saya; Mee Suah Sup Bersama Cendawan Enoki.Menggantikan hidangan nasi dengan mee ni di waktu malam.


Mee Suah ni dah lama saya beli, dan asyik keluar masuk dari kabinet.Kalau dah macam tu gayanya memang tak terbuat2..Memandangkan bahan2 untuk penyediaan mee sempoi tu agak lengkap, kira on je lah.Tapi saya beli cendawan enoki tu memang nak dimasak bersama mee suah yang dah terperam lama tu..Untuk resepinya yang sempoi tu, bolehlah jeling2 sikit kat bawah...Memang segerrrr, sup katakan!!

MEE SUAH SUP BERSAMA CENDAWAN ENOKI

Bahan-bahan:
200gm mee suah | celur, toskan dan alirkan air paip, toskan lagi
1500ml air
3 bahagian ayam | potong sederhana kecil
1 labu bawang  besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | belah 4
10 biji bebola ikan
3 batang fish cake | hiris
1 batang lobak | potong kecil memanjang
1 biji kiub ayam knorr
2 sudu kecil minyak bijan
Serbuk lada sulah secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan lain &sampingan:
1paket kecil (100gm) cendawan enoki | celur
Daun bawang/ daun sup
Cili besar | hiris
Bawang Goreng

Cara:
1.Celurkan mee suah dalam air mendidih.Apabila sudah lembut dan kembang, toskan.Alirkan mee tadi dengan air paip dan toskan sekali lagi.Ketepikan.
2.Celurkan cendawan enoki dan toskan.Ketepikan.
3.Untuk sup:Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga layu.Masukkan ayam, kacau dan masukkan air beserta lobak merah, kiub knorr dan minyak bijan.Biarkan mereneh.
4.Setelah menggelegak masukkan bebola ikan, fish cake dan tomato.Perasakan juga dengan lada sulah dan garam.
5.Matikan api setelah masak.
6.Hidangkan mee suah bersama sup, cendawan enoki, daun bawang dan bawang goreng.

11 comments:

mama sara nur said...

assalam Rohah
mee suah mengingatkan akak zaman bujang dulu he he kalu lapar malam2 inilah yg rajin masak
memang sedap

~~zana@pb~~ said...

Kakpb tak pernah makan mee suah atau cendawan inoki tu. Biasalah tekak org kampong..hehe

Gee® said...

Sedap kan hirup sup panas2... nyam2x

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..emmm saya selalu tgk mee ni kat pasaran tapi tak tau nak masak apa..sesekali boleh gak ubah selera cuba resipi ni plak...

hazila said...

Akak tak pernah masak lagi mee suah ni tapi segala jenis mushroom memang favourite.

cheq da said...

salam rohah...sedap jea nampak mee ni..boleh jadi pengganti nasi ni...untuk diet

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

jenis2 sup mcm ni memang sedap dinikmati bila2 masa.. feberet anak2 sy ni.. mee suah pernah la juga masak.. tp jarang2.. nanti boleh try gaya sup mcm ni pulak..

Qasey Honey said...

time hujan2 mmg sedapkan dpt hirup sup cmtu...

inahar ali said...

wahh sedap nih rohah..sedap lagi menyihatkan..kan??

Amie said...

Enak2 temen yo pangananey angger aku tekan keney....

tun_telani said...

Salam kak rohah.. sedap ye cendawan inoki ni? kt sini byk gak jual tp tun xpenah beli. nnti nk try sekali kot2 la kene ngan selera.