Salam..
Sedap layan Puff Tuna Mayo ni waktu sarapan pagi.Saya buat inti yang simple dan cepat untuk dihidangkan.
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
10 keping pastri puff | potong 2 (setiap slices)
1 tin kecil tuna (185gm)
1 tangkai cili merah
5 sudu besar mayonis
1/2 biji limau nipis | ambil jusnya
Sedikit garam
Sedikit daun ketumbar | cincang
Serbuk lada sulah secukupnya
Bahan lain:
1 biji kuning telur | sapu
Serbuk coregano secukupnya | tabur
Cara:
1.Hancurkan tuna menggunakan garfu.Gaulkan semua bahan kecuali telur dan serbuk oregano hingga sebati.
2.Potong setiap slices kulit puff kepada 2 bahagian.Satu bahagian dibuat corak ke atasnya dengan menggunakan pisau (corak ikut suka).Satu bahagian kulit lagi dibubuhkan inti tuna.Kemudian ambil kulit yang dicorakkan tadi dan tutupkan ke atas kulit yang berisi inti.Kemaskan dan kemudian klim / tekan menggunakan garpu disekeliling kulit puff tadi.
3.Sapukan kuning telur ke atas permukaan puff dan tabur dengan serbuk oregano secukupnya.
4.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 20 minit.Adjust suhu sekiranya puff nampak terlalu gelap permukannya, agar tidah hangit.
7 ulasan :
Pagi2 dah terjah dapur Rohah, sedapnya.....akk suka puff mcm ni tp kt KK ni belum jumpa lg yg kulit tu.
salam rohah. hmmmmm... yummy yummy.. lapar perut bundo ni.
Wallaaa..cedapnya puff tuna mayo...gue suka ni..
tiap2 kali tgk org guna puff pastry mesti frust sbb xde kat sini.. huhu
ala,sian pulak ngan kak Zana & Tun, klu cam tu kena buat pastri homemadelah nampaknye..
Senangkan guna ready made puff pastry ni.
wahh fav akk jgk nie..senang jer kan guna puff pastry yg dh siap tue....tp mmg sedapp:)
Catat Ulasan