Ahad, 13 Mei 2012

PENGAT PISANG



Assalamualaikum..
Selamat berhari minggu..
Masih topik pisang lagi ni..hehe...Menu simple je.Semua ni permintaan cik abang yang gemar sangat dengan menu berasaskan pisang.Yang pastinya semua orang boleh buat untuk keluarga tersayang...



PENGAT PISANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
20 ulas pisang awak | hiris
3 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu | direndam bersama sedikit air

Cara:
1.Satukan sagu, daun pandan dan santan dalam periuk.Masak sebentar agar sagu cepat kembang dan sesekali dikacau.
2.Masukkan santan, pisang, garam dan gula.Kacau sentiasa sehingga mendidih, agar tidak pecah minyak.
3.Matikan api setelah masak.






5 ulasan :

Amie berkata...

Ambik semangkuk ye Rohah... selamat hari ibu! Rajin-rajin masak ye untuk keluarga tersayang, pastikan sentiasa sedap dan yang penting berkhasiat!

wanie berkata...

salam..sedap nih..!!cecah plak gan roti...nyummy

Norzie hany berkata...

Salam dan Selamat hari ibu Rohah.
Sedapnya pengat pisang...feveret sis ni.

dapurCikWan berkata...

Selamat hari ibu kak ;) sedap pengat pisang tu..

Bicara Kak Noor berkata...

selamat hari ibu dari akak utk Rohah akak pun nak jugak semangkok yg kecik kt ujung tu boleh??