Bersua kembali...
Moga ceria sahabat2 di luar sana..Celoteh ringkas je, kita terus pergi ke resepi Kailan Ikan Masin.Pastinya semua orang suka makan sayur ni kan..Yang paling best bila pakai baby kailan yang sememangnya lembut batangnya, masaknya pun tak perlu lama.
KAILAN IKAN MASIN
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
1 cekak baby kailan | potong pendek
100gm ikan tenggiri jeruk | potong kecil
1/2 labu bawang holland | hiris
4 ulas bawang putih | ketuk
1 tangkai cili merah | hiris
2 sudu besar sos tiram
3/4 cawan air
1/4 sudu kecil tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Cara:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga naik bau, masukkan pula hirisan ikan tenggiri jeruk, kacau rata.
2.Masukkan sos tiram dan air, renehkan sebentar.
3.Masukkan baby kailan, kacau dan siramkan dengan bancuhan tepung jagung, kacau lagi sekadarnya. (tidak perlu lama kerana baby kailan sememangnya lembut).
4.Taburkan cili merah dan matikan api.

7 ulasan :
fav akk nie rohah..tp klu wat sendiri selalunya x sesedap kt warung..fail btul:)
Salam Rohah cayang wangi wangi :)) wahh ini memang fav... kalau keluar makan ini yang kaksha order.. buat sendiri setahun sekali sebab tak ada geng nak makan.. jamu mata di sini sedapnya...:))
walllaaaa...sedapnya sayur2 klu ada ikan masinnya...
singgah sini kak rohah...sedapnya kailan ikan masin....
Menu wajib cikwan kalu order masakan panas.pakej skali ngn tom yam dan telur dadar
sedapnya...dh lama xmsk lauk gini...
nie kalau daughter nie... mmg fav dia nie... mmg sedap kailan masak ikan masin.. suka sgt!
Catat Ulasan