Sabtu, 19 Mei 2012

MANGO PANNA COTTA


Salam...
Cuaca sekarang ni memang panas semacam je kan..Musim buah-buahan tempatan pun tak kurang juga rancaknya..Mangga ranum pun memang banyak dijual kat tepi2 jalan @ pasaraya.Ambillah peluang ni, amacam kalau kita buat Panna Cotta.Sedap Mango Panna Cotta hasil olahan K.Nor@Secubit garam ni.Beliau rujuk resepinya gari Gert@Kitchen Snippets pula, memang bisa sejuk alurrrrrrrrr tekak tau!!!.Saya lebih suka mangga masak ranum dari mangga yang masih hijau tu... (baru sebut dah kecut ayerr liuurr).

MANGO PANNA COTTA
resepi olahan:K.Nor@Secubit Garam

Bahan-bahan:
2 cawan susu segar/ fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin (bancuh dengan 3 sudu besar air panas)
1/4 cawan gula / secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Untuk puree mangga:
1 biji mangga masak (saya guna 2 biji)
2-3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/ lemon

Cara:
1.Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
2.Masak susu, whipping cream dan gula dengan api sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.
3.Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.Tuangkan dalam ke ramekin atau gelas yang sesuai.
4.Sejukkan adalam peti ais lebih kurang 5-6 jam.
5.Sementara itu bolehlah disediakan puree mangga.
6.Blend mangga hingga halus kemudian masukkan gula dan perahan limau /lemon.
7.Kacau hingga sebati dan sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
8.Untuk mnghidang, tuangkan puree ke atas panna cotta tadi.
9.Sedia untuk dinikmati.



12 ulasan :

rahel berkata...

Waw...nyamannnn....time cuaca panas di Sabah memang sesuai hidang mango panna cotta..segarrr..

zila 4ever berkata...

wahhh rohah macam nak secawan jew kita..sedapnya:)

Yatie berkata...

wow....mmng best mango panna cotta ni...terasa nyaman je lalu kat tekak..

Bicara Kak Noor berkata...

amboi Rohah kemain lagi dia meh secawen utk kak Noor panas terik membahang kat sini tau dpt secawen tentu hilang haus dahaga ni hehee

mama sara nur berkata...

assalam
memang sedap kalu dpt makan time gini he he panass
yummy terasa dari kejauhan

Amie berkata...

Sedap! Sedap! Sedap! Terasalah enaknya mangga yang ranum tu! Teringin nak buatlah Rohah, tapi belum jumpa isi mangga yang cantik begitu....

dZana berkata...

menu musim panas yg best ni rohah.. tak cukup segelas.. rasa sejuk jer lalu kt tekak ..

~~zana@pb~~ berkata...

Berdegup2 akak telan air lior, esok jugak akak cari kat Gaya Street, itu pun kalau ada. Sini mahal.

Azilla berkata...

Wah sedapnya akak..

Norzie hany berkata...

Salam Rohah.
Betul tu,time panas2 gini memang sedap makan mango panna cotta mcm ni.
Rasa sejuk aje tekak.

Mamasya berkata...

Salam Rohah.mmg dlm cuaca panas nyaman terasa dpt mkn dessert ada buah gini...

Evelyn Gemina berkata...

Salam kak rohah, sungguh menyelerakan dessert ni, mmg sesuai sekali dihidang dgn cuaca yg panas skrg ni...