Rabu, 21 November 2012

PINK ROSES OMBRE CAKE


Assalamualaikum...
Jumpa lagi, alhamdulillah.Teriknya mentari hari ini, semoga ianya memberi kebaikan pada kita..Kita sebagai hamba Allah ni kekadang terlepas juga bicara; hujan salah, panas pun salah juga..Jadi sebagai hambanya kita bersyukur hendaknya dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk kita..Mudah-mudahan sentiasa berlapang dada kan...

Seperti yang dijanjikan pada N3 sebelum ni, ada terselit sikit tentang PINK ROSE OMBRE CAKE..Comot je kan deco rose tu..keras kejung tangan i menari..maklumlah memang jarang2 saya mendeco2 kek  memandangkan anak2 tak berapa gemar nak menjamah.Tapi kali ni, bila umminya buat kek ombre ni, diaorang suka pulak, sedap katanya..Banyak kali saya menggoggle untuk menghasilkan kek ni, bermula dengan kek apa yang sesuai untuk dibuat asasnya sehinggalah kepada cara2 nak deko.Last2, kepala jadi penin2 tak tahu nak wat pilihan.Pemutusnya, saya buat asas kek menggunakan adunan kek span, ikut je resepi kat dalam buku/ koleksi yang saya ada..Resepinya saya ambil dari buku resepi Chef Noraini.Memandangkan untuk toppingnya pun dah ada kat dalam buku beliau.Untuk tacap tu, saya ada jengah kat sini...dan merata2 tempat lagi.

Untuk menghasilkan sebiji kek  seperti dalam pic2 ni saya gandakan sekali lagi untuk bahan asasnya dari bahan asalnya.Untuk toppingnya pula, saya sarankan boleh buat 1 1/2 adunan dengan merujuk sukatan asal Krim Mentega di bawah tu ye.Hasilnya memang sedap, alhamdulillah berpuashati..
Selamat mencuba.


Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120gm gula kastor
10gm ovalette
4 biji telur gred A
130gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40gm air
60gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pink

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Bahagikan adunan kepada 5 bahagian (sama rata) dan titiskan dengan pewarna pink dan jadikan ianya tone yang berbeza untuk setiap bahagian.
6.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit.(Buat step yang sama untuk setiap warna).
7.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
8.Sapukan krim mentega pada setiap permukaan kek dan susun kek satu persatu sehingga habis.Kemudian lepa nipis krim pada keseluruhan kek.
9.Mulakan aktiviti mendeco bunga ros mengikut tone yang disukai.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.



14 ulasan :

ady berkata...

as-salam
rajinnye buat kek cantik2 mcm ni...suka tgk..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

assalamualaikum rohah...
nampak menawan kek tu rohah... pastilah anak2 trpikat bila tgk kek cantik mcm tu...
dah lama juga rasanya tak buat kek berdeko2 ni.. kalau nak buat memang kena betul2 masa rajin baru menjadi..

Asmah Yusof berkata...

Salam kak rohah...
petang2 nie jenguk dapur akak....bikin hati jatuh cinta tgk kuntum2 rose yg ada kat kek tue..even kejung tgn akak mendeco..still boleh hasilkan kek yg cantik rupawan...bak sini sepotong..:))

Chik Mimi berkata...

cantiknya Rohah mmg tabik spring hehehe akak tak de kesabaran nak membuatnya

Tina Othman berkata...

wow pink ombre, cantiknya

mesti anak2 happy kan, gambar pun dah mcm web mat saleh je dah, cantik

FnF Simple Life berkata...

cantik dan sgt kemas ;)

zila norazila berkata...

salam syg rohah..
amboiii rajin btl deco cantik lg..nak sepotong boley ..:)

lina_pg berkata...

Cantiknyer.Suka kaler lembut jer.Cam RVC

Asyifa Mustaffa berkata...

Wah kak.....mmg terbaik lah.....!!
Cantik....kemas so tempting lah...:-)....
Mntk sepotong.....:-)

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah.
Rajinnya dia membaking....pandai Rohah memdeco,cantik sgt.

norzila berkata...

as salam kak rohah sangat cantik...tang bunge bunge sangat kemas la..kek ulangtahun ni ye...

Nina Mirza berkata...

As'salamualaikum kak Rohah...

Amboii ....!! Rajinnyer~
bagi Nina dah cantik deko tuuu.. suka suka!

~~zana@pb~~ berkata...

Makin mantap hasil tgn Rohah ni....M

LangitHilang berkata...

Sy buat x jadi :(