Selasa, 17 April 2012

TALAM ROTI LAPIS STRAWBERI KAPUCINO


 

Salam pagi semua..
Teringat lagi dengan Kuih Talam Roti Lapis Coklat yang pernah saya buat dulu, enak sangat rasanya..Seronok tengok my hubby makan dan tinggal beberapa biji je lagi bila nak snap gambar.Kali ni menggunakan sukatan bahan yang sama, dan saya olah sedikit dari segi rasa dan warna, maka jadilah Kuih Talam Roti Strawberi Kapucino.Wangi je bau dia..Memang sedap.


TALAM ROTI LAPIS STRAWBERI
Inspirasi dari:Talam Roti Lapis Coklat (Kak Wan@citarasawan)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
4 keping roti sandwich
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan 
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu/tepung ubi
3 sudu kecil esen strawberi
Pewarna merah secukupnya
2-3 sudu kecil pes kapucino

Cara menyediakan:
1.Masukkan roti yang direndam dalam pengisar.Ketepikan.
2.Satukan air, santan, gula dan garam.Masak hingga gula larut.Biarkan suam.Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3.Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna merah dan dicampurkan dengan esen strawberi.Satu lagi dicampur dengan pes kapucino.
5.Tuang warna merah, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6.Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan kapucino ke atas lapisan bawah tadi.Lap dan tutup pengukus, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.



13 ulasan :

ady berkata...

as-salam
warna yg menarik dan cantik...npk sedap talam roti tu..

Qasey Honey berkata...

sgt comeiii kuih talam ni...suka tgk yg bentuk stoberi tu...mesti sedap ni kan rasanya...

CA berkata...

Salam Roha..

Salam kenal dari akak.Thanks sudi singgah pondok ahhkak..isshhh tewus ngencess singgah sini bila tengok ada kuih talam..ahhkak kalo asal nama tu ada je word talam memang suka bangettt...comeyyy je talam ni...yummy..

Mamasya berkata...

Salam Roha.mmg menarik kombinasi warna merah dg coklat.akak masuk senarai nak cuba....
re; model sorang tu suka sibuk sama bila bergambar...

rahel berkata...

Kak Rohah,Rahelnak dua ketul kuih talam...nak yang kecik2 tu ek..

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Ady,
tq..alhamdulillah..memang sedap

Rohah berkata...

QH,
kebetulan ada acuan stroberi, apa laaagi..menggodam laa..

Rohah berkata...

Waalaikumussalam kak CA,
Salam ku sudah bertaut, tq kak.jgn ngencess ye kak, kalu tak tahan juga, nampaknye akka kena cuba..

Rohah berkata...

waalaikumussalam Mamasya,
tq kak, selamat mencuba..

zila 4ever berkata...

salam rohah
aiishhh tergudaaa..nnt akk nk buat jgk..brg2 ada nie..:) cantik molek kuih tue..mcm tuanya..:)

Rohah berkata...

Alahai Rahel...
dah licin, laju je makan nie sbb sedap sangat

mama sara nur berkata...

assalam
salam kenal
cantiklah talam kaler gini emmmm sedapnya

Rohah berkata...

Waalaikumussalam mama sara nur,
salam jua untuk mama sara, tq atas komennya.sedap tau, cubalah..