Rabu, 25 April 2012

SOSEJ ROLL



 Assalamualaikum..
Salam mahabbah dan selamat malam...
Hari ni sesaja mengadun doh untuk buat Sosej Roll.Resepi saya ambil dari sebuah buku yang bertajuk Aneka Roti hasil dari karangan Sa'adiah Mohamad.Untuk doh asas roti ni adalah berpandukan resepi Roti Asas Manis, kemudian saya olah sedikit sukatannya untuk mendapatkan kuantiti yang minimum.




Sosej Roll
Resepi asal:Roti Asas Manis
Oleh:Sa’adiah Mohamad  (buku Aneka Roti)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
200gm tepung berprotein tinggi
20gm marjerin cair
1 biji telur
Sedikit garam
12 batang sosej | celur sekejap dan toskan
Bijan putih | taburan

Bahan (A) dilarutkan:
30gm gula kastor
3gm yis
20ml susu segar
Sedikit air suam

Bahan (B) disatukan:
1 biji telur
3 sudu susu segar

Cara membuat:
1.Ayak  tepung berprotein tinggi dan garam dalam mangkuk adunan.Masukkan marjerin dan telur.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Tuangkan bahan (A).Uli doh hingga lembut dan kenyal.Biarkan doh ini naik dua kali ganda selama satu jam.
3.Canaikan doh ini sekali lagi.Kemudian bentuk mengikut citarasa.
*Untuk buat sosej roll:Canai leper memanjang adunan doh tadi, dan potong menjadi 12 bahagian.Ambil satu jalur doh dan lilitkan ke atas sosej.Pastikan permulaan lilitan hendaklah ditindankan dengan lilitan seterusnya agar tidak terbuka.Untuk akhir lilitan pula, selitkan penghujung doh ke dalam lilitan sebelumnya.Aturkan doh ini dalam dulang pembakar yang telah digris.
4.Sapukan permukaan doh dengan bahan B supaya berkilat.Bubuh bijan di atasnya.Biarkan doh naik kali kedua selama 40 minit.
5.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius.Bakar doh selama 15 minit.


  Di bawah ni saya tunjukkan step yang saya gunakan untuk membuat Sosej Roll.

  

9 ulasan :

quinnie berkata...

sedapnya rohah..saya paling suka bun ada sosej...dulu2 kalau pegi bakery memang roti ni la jadi pilihan..hehhe..kadang2 kalau malas sgt..beli roti gardenia...rebus sosej lepas tu ngap!!! hehhehe

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rohah, sedap nya sosej roll ni dpt sebiji memang terlintok ni kekenyangan baik lah sebijik Rohah hehee

Melly Octaviana berkata...

Siang Kak Rohah..masih ada kah.. enak nih buat breakfast .. minta 5 rolls yah.. hehe

Sue @ Nenie berkata...

Salam..emmm sedapnya sosej roll ni...dulu masa 1st time sue buat, main gentel2 rasa leceh sangan, then bila canai doh then lilit...lagi senang kan.....

Qasey Honey berkata...

sedapnye tgk sosej roll tu...QH blum penah cuba lg ni...simpan dlu la resepi...tq

zila 4ever berkata...

salam rohah
alahaii rajinya dia..nk 2 ketul yer..tgh lapar nie:)

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! kita kalau sosej2 ni kurang tp budak2 suke betul dgn sosej :D ninja kita yg sorang tu pun suke roti2 yg ada sosej, kita ni sukenyer kalau ada cheese, sokmo minat yg lemak2 gituuu :D petang2 ni nmpk roti terus rasa lapo nak carik makanan :D

ady berkata...

as-salam kak Rohah
npk lembut dan gebu jer roti tu kak rohah..macam kat kedai...

dapurCikWan berkata...

sedapnye..cikwan kan sejak buat garlic bread yang tak menjadi hari..sampai sekarang tak berani nak menguli... :(